top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Kiraan Penuh Kos Peguam Dan Lain-lain Kos Bagi Transaksi Prosedur Beli Rumah Pada Tahun 2022

Updated: 13 Apr 2022


Kiraan Penuh Kos Peguam Dan Lain-lain Kos Bagi Transaksi Prosedur Beli Rumah


Sudah pasti apabila kita ingin melaksanakan transaksi pembelian rumah akan ada kos yang kita tidak boleh elak dan perlu bayar seperti cukai duti setem.


Kos ini termasuklah berkaitan perlaksanaan dokumentasi yang hanya dilaksanakan oleh peguam hartanah bertauliah. Tetapi anda perlu juga mengambil maklum kos-kos yang terlibat dalam proses pembelian rumah.


Bagi memastikan anda memahami sepenuhnya kos yang perlu dikeluarkan, dalam artikel "Kiraan Penuh Kos Peguam Dan Lain-lain Kos Bagi Transaksi Prosedur Beli Rumah Pada Tahun 2022" ini kami akan menerangkan secara penuh kos yang akan berkait tentang transaksi prosedur beli rumah bagi tujuan perancangan kewangan membeli rumah anda.


Ada tiga jenis cas yang akan dikenakan. Iaitu seperti berikut;



Fi upah peguam bagi transaksi beli rumah


Bayaran upah fi peguam bagi transaksi beli rumah adalah bayaran upah bagi servis perkhidmatan peguam yang dilaksanakan sendiri oleh peguam beli rumah anda.


Bagi profesion guaman, nilai atau jumlah upah peguam kepada pembeli rumah tidak boleh dikenakan sewenang-wenangnya.


Ini kerana sebagai peguam transaksi beli hartanah, nilai fi peguam yang dikenakan adalah tertakluk kepada Akta Profesion Undang-Undang 1976. Badan yang mengawal peguam anda adalah Badan Peguam Malaysia.


Bagi transaksi beli rumah, ini adalah senarai upah peguam yang perlu dibayar kepada peguam hartanah mengikut undang-undang yang dinyatakan tadi.




Item

Perkara

Nilai Kos* (tanpa SST)

Nota

1

Fi penyediaan Perjanjian Jual Beli

Tekan link di atas untuk menggunakan Kalkulator Pengiraan Fi Peguam Perjanjian Jual Beli ASCOLAW

Fi peguam bagi penyediaan perjanjian mengikut Skala di dalam Akta Profession Undang-Undang 1976

2

Penyediaan Borang CKHT 1A

RM400

Fi peguam bagi urusan borang Cukai Keuntungan Harta Tanah bagi pelupus (penjual) Seksyen 21B Akta CKHT

3

Penyediaan Borang CKHT 1B

RM400

Fi peguam bagi urusan borang Cukai Keuntungan Harta Tanah bagi pelupusan syer syarikat harta tanah (penjual – jika terpakai) Seksyen 21B Akta CKHT

4

Penyediaan Borang CKHT 2A

RM300

Fi peguam bagi urusan Cukai Keuntungan Harta Tanah bagi pemeroleh (pembeli) Seksyen 21B Akta CKHT

5

Penyediaan Borang CKHT 3

RM106

Fi peguam bagi pengecualian agar pemeroleh tidak perlu buat bayaran dibawah Seksyen 21B Akta CKHT (jika terpakai)

6

RM300

​Fi peguam bagi permohonan Kebenaran Pindahmilik daripada Setiusaha Kerajaan Negeri Bahagian Perumahan. Ini melibatkan geran tanah yang memerlukan Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

7

RM300

Fi peguam bagi permohonan Kebenaran Pindahmilik di peringkat Pejabat Tanah Galian. Ini melibatkan geran tanah yang memerlukan Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

8

​Pemfailan Borang I Notis Pindahmilik dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 melalui enakmen di negeri (Notice to Transfer)

RM100

Fi peguam bagi pengisian dan pendaftaran Borang I

*Kos adalah berdasarkan transaksi di Selangor. Hubungi Peguam ASCO untuk mendapatkan sebut harga kot bagi transaksi di negeri lain.




Reimbursement (Pembayaran Servis Bagi Urusan Transaksi)



Reimbursement adalah sebahagian daripada kos transaksi beli rumah yang perlu dibayar selain kos peguam dan Disbursement.


Kos-kos ini adalah berkaitan perkara yang perlu dibeli atau perkhidmatan yang perlu digunakan bagi menjayakan proses transaksi pembeli hartanah rumah.


Kos-kos reimbursmen yang perlu ditanggung anda adalah seperti berikut;


  • Cas perjalanan dan pengangkutan

  • Cas percetakan dan fotokopi

  • Cas pos dan kurier

  • Cas-cas lain yang terpakai

Ini adalah bergantung kepada jarak lokasi pejabat tanah, lokasi tandatangan, tol, cas kurier dan juga jumlah salinan dokumen mengikut situasi dan senario geran tanah rumah yang ingin dibeli anda.


Disbursement (Pembayaran luar)


Disbursement merupakan kos yang perlu dibayar kepada agensi-agensi kerajaan bagi tujuan transaksi anda.


Bagi tujuan transaksi beli rumah, ini adalah kos-kos yang perlu dibayar kepada agensi yang berkait transaksi ini.



Item

Perkara

Nilai kos* (Tanpa SST)

Nota

1

Duti Setem bagi Borang 14A Kanun Tanah Negara

Tekan link di atas untuk menggunakan Kalkulator Pengiraan Duti Setem Perjanjian Jual Beli ASCOLAW

Cukai ini akan dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kos duti setem akan dikira berdasarkan Akta Setem 1949

2

Duti Setem bagi salinan Perjanjian Jual Beli

RM50 (bagi 5 salinan)

Cukai ini akan dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kos duti setem akan dikira berdasarkan Akta Setem 1949

3

Pendaftaran Borang 14A Kanun Tanah Negara di Pejabat Tanah Galian

RM200 (Jika nilai hartanah adalah RM500,000 ke bawah)

Pengiraan bayaran ini adalah berbeza-beza bagi setiap negeri dalam Malaysia

4

Pendaftaran bagi Permohonan Kebenaran dari SUK Perumahan / Lembaga Perumahan Hartanah

RM50

Kos pendaftaran bagi permohonan kebenaran pindahmilik yang dikenakan dan perlu dibayar kepada SUK Perumahan atau Lembaga Perumahan Hartanah bagi negeri yang ada lembaga tersebut.

5

Pendaftaran bagi Permohonan Kebenaran Pindahmilik Pejabat Tanah Galian

RM50

Kos pendaftaran bagi permohonan kebenaran pindahmilik perlu dibayar kepada Pejabat Tanah Galian

6

Pendaftaran Kebenaran Pindahmilik Pejabat Tanah Galian

RM50

Bayaran bagi pendaftaran surat kelulusan Pindahmilik yang telah berjaya diperoleh dari Pihak Berkuasa Negeri

7

Pendaftaran Borang I Notis Pindahmilik dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 melalui enakmen di negeri (Notice to Transfer)

​RM50

​Bayaran yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dimana rumah terletak dalam sesuatu kawasan

8

Bayaran Notis Seksyen 22D Akta Pemajuan Hartanah bagi tujuan Notis Penyerahan Hak

RM50

Bayaran yang dikenakan pemaju bagi urusan pembelian hartanah dibawah selain pemaju

9

Akuan Berkanun bawah Akta Akuan Berkanun 1960

RM20

Bayaran kepada Pesuruhjaya Sumpah bagi Akuan Berkanun

10

RM20

Semakan status individu dalam transaksi agar boleh membuat transaksi perjanjian jual beli secara sah

11

RM100

Bayaran kepada Pejabat Tanah Galian bagi memastikan status rasmi terkini geran dan pemilik dalam sistem Pejabat Tanah Galian Negeri

12

RM60

Bayaran kepada Pejabat Tanah Galian bagi memastikan status terkini geran dan pemilik dalam sistem Pejabat Tanah Galian Negeri

12

Folder Fail

RM5

Bayaran bagi fail simpanan dokumen transaksi

Senarai yang dinyatakan di atas adalah sangat bergantung kepada situasi geran tanah anda. Setiap geran tanah rumah yang ingin dibeli memerlukan penelitian dan memberikan impak prosedur proses pindahmilik hartanah yang berlainan. Sebagai contoh jika hartanah itu masih dalam cagaran, atau merupakan hartanah pusaka, rumah tanah rizab melayu dan pelbagai senario lain.


Pun begitu, apa yang disenaraikan di atas merupakan pecahan bagi kos-kos yang akan ditanggung anda sebagai pembeli.


Jika anda memerlukan sebut harga bagi transaksi pembelian rumah anda ataupun inginkan nasihat bagaimana anda boleh memulakan proses pembelian rumah, kami bersedia membantu.



Kalkulator Pengiraan Kos Upah Peguam Bagi Perjanjian Jual Beli Rumah (SPA / S&P) Pada Tahun 2022


Kalkulator Pengiraan Duti Setem Perjanjian Jual Beli Rumah (SPA / S&P) Pada Tahun 2022

Baca Lanjut : Panduan Lengkap Lantik Peguam Hartanah Klik Disini

Panduan Lengkap Lantik Peguam Hartanah dan Kos Yang Terlibat Pada Tahun 2022





תגובות


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page