top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Writer's pictureAkmal Saufi MK

Apakah Itu Duti Setem Dan Cara Pengiraan Duti Setem Bagi Membeli Rumah

Updated: 13 Apr 2022



Apa itu Duti Setem?


Jika anda pembeli rumah atau pun sebuah hartanah, anda akan dikenakan duti setem.


Duti Setem adalah sebuah cukai duti yang dikenakan oleh kerajaan di bawah Seksyen 4, Akta Duti Setem 1949 ke atas instrumen yang disenaraikan dalam Jadual Pertama akta tersebut.

Bayaran duti setem tersebut perlulah dibayar kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Duti Setem Yang Perlu Dibayar Bagi Transaksi Jual Beli Rumah


Bagi transaksi membeli rumah atau tanah, anda akan dikenakan cukai Duti Setem sebanyak dua kali iaitu bagi (a) Instrumen Perjanjian Jual Beli dan (b) Instrumen Perjanjian Pinjaman atau Pembiayaan Pembelian Hartanah (jika anda mengambil pinjaman).


(a) Duti Setem melibatkan Perjanjian Jual Beli


Kadar pengiraan Duti Setem Bagi Perjanjian Jual Beli adalah berdasarkan Item 32 dari Jadual Pertama Akta iaitu;

RM1.00

bagi setiap RM100 dari nilai hartanah (jika nilai hartanah adalah tidak melebihi RM100,000)

RM2.00

bagi setiap RM100 nilai hartanah (jika nilai hartanah adalah melebihi RM100,000 dan tidak lebih daripada RM500,000)

RM3.00

bagi setiap RM100 nilai hartanah (jika nilai hartanah melebihi RM500,000 dan tidak kurang daripada RM1,000,000)

RM4.00

bagi setiap RM100 nilai hartanah (jika nilai hartanah melebihi RM1,000,000)


(b) Duti Setem melibatkan Perjanjian Pinjaman atau Pembiayaan Pembelian Hartanah


Kadar pengiraan Duti Setem Bagi Perjanjian Jual Beli adalah berdasarkan Item 27 dari Jadual Pertama akta iaitu



RM0.50

bagi setiap RM1,000 dari pinjaman (jika nilai pinjaman/pembiayaan adalah tidak melebihi RM250,000)

RM2.50

bagi setiap RM1,000 (jika nilai pinjaman/pembiayaan adalah melebihi RM250,000 dan kurang daripada RM1,000,000)

RM5.00

bagi setiap RM1,000 ((jika nilai pinjaman/pembiayaan adalah melebihi RM1,000,000)

Akibat Tidak Membayar Duti Setem Perjanjian Jual Beli Rumah


Apa akibatnya jika kita tidak membayar Duti Setem ini?


Ada dua akibat.


Pertama sekali kita akan dikenakan penalti di bawah Akta Duti Setem 1949.


Keduanya apabila kita menghantar borang 14 Memorandum of Transfer iaitu dokumen untuk pindah milik geran tanah di Pejabat Tanah bagi mendaftarkan nama kita dalam geran tanah tersebut sebagai pembeli, pejabat tanah tidak akan meneruskan proses tersebut sehinggalah bukti pembayaran duti setem diturutsertakan bersama.



Kalkulator Duti Setem Beli Rumah


Kami di ASCOLAW ada menyediakan kalkulator untuk membolehkan anda mengira kos duti setem anda. Tekan sini untuk mengira kos duti setem -> https://ms.ascolaw.co/post/kiraan-penuh-kos-peguam-dan-lain-lain-kos-bagi-transaksi-prosedur-beli-rumah


Comments


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page