top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Sistem MyLand Malaysia: Inovasi Pengurusan Tanah dan Harta Pusaka Secara Digital

Writer: Nur DinNur Din

Updated: 10 Mac


Dalam era digital yang serba canggih, pelbagai sektor kerajaan di Malaysia telah beralih kepada sistem dalam talian untuk memudahkan urusan rakyat.


Satu inovasi penting dalam sektor tanah dan pusaka ialah pengenalan sistem MyLand oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).


MyLand bukan sahaja mempercepatkan urusan berkaitan tanah dan pusaka, malah meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan dokumen.


Artikel ini akan mengupas secara terperinci mengenai sistem MyLand, termasuk kelebihannya serta bagaimana ia mampu membantu dalam permohonan pusaka kecil online.




MUDAH... rakyat Malaysia kini dapat melakukan permohonan pusaka kecil secara online tanpa perlu hadir ke pejabat secara fizikal.



Apa Itu MyLand?

MyLand adalah sistem pengurusan tanah dan pusaka yang dibangunkan oleh JKPTG untuk memudahkan urusan berkaitan pengurusan tanah dan pembahagian pusaka kecil secara dalam talian.


Sistem ini menggantikan platform lama dan kini menjadi satu-satunya portal rasmi untuk semua urusan berkaitan pusaka kecil dan tanah di bawah JKPTG.


Anda dapat ke MyLand versi web di sini. Anda dapat muat naik versi Android dan versi iOS untuk peranti masing-masing.


Dengan kemudahan yang disediakan, rakyat Malaysia kini boleh melakukan permohonan pusaka kecil secara online tanpa perlu hadir ke pejabat secara fizikal.


Untuk mudah faham, MyLand adalah sebuah platform dalam talian yang disediakan oleh JKPTG untuk memudahkan urusan berkaitan tanah dan pusaka kecil.


Dengan platform ini, pengguna dapat mengakses pelbagai perkhidmatan seperti permohonan pusaka kecil secara online dan membuat semakan maklumat berkaitan tanah.


Platform ini direka untuk meningkatkan kecekapan serta mempermudahkan proses pentadbiran tanah dan harta pusaka, sekaligus mengurangkan keperluan untuk hadir ke pejabat secara fizikal.


Jika ada perlu memahami lebih mendalam aspek perundangan sebelum menggunakan MyLand, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan dari firma ASCOLAW di sini.


Untuk memahami lebih lanjut mengenai topik yang kita perkatakan ini - pusaka kecil - anda juga boleh baca artikel kami yang lain di sini.



Satu ciri utama MyLand ialah kemudahan permohonan pusaka secara dalam talian. Dengan adanya fungsi permohonan pusaka kecil online, waris dapat menguruskan pusaka tanpa perlu melalui proses yang rumit.


Ini dapat dilakukan menerusi laman web MyLand.gov.my. Pengguna boleh memulakan permohonan dengan melengkapkan borang serta memuat naik dokumen yang diperlukan.


Proses secara online ini mampu mempercepatkan pengurusan pusaka, terutama dalam kes membabitkan pusaka kecil online.


Bagi memanfaatkan sistem MyLand, pengguna hanya perlu mendaftarkan akaun dan mengikuti langkah yang disediakan dalam portal.


Selain itu, platform ini menawarkan panduan dan sokongan kepada pengguna untuk memastikan setiap urusan berjalan lancar.


Sama ada anda ingin membuat permohonan pusaka online atau mendapatkan maklumat terkini mengenai tanah, MyLand adalah penyelesaian yang praktikal dan mesra pengguna.


Ternyata MyLand bukan sahaja memudahkan pengurusan tanah dan pusaka, malah ini selaras dengan inisiatif digital kerajaan.


Dengan menggunakan portal ini, pengguna dapat menguruskan harta tanah mereka secara lebih cekap serta telus tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa.


Perbezaan di antara JKPTG dan MyLand

Seperti dinyatakan di atas, JKPTG ialah merujuk kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.


Ia sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan tanah dan galian di peringkat persekutuan.

Antara perkhidmatan yang disediakan JKPTG, termasuk pengambilan tanah, pengurusan harta tanah persekutuan dan pembahagian pusaka kecil.


MyLand pula ialah Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka yang dibangunkan oleh JKPTG untuk memudahkan urusan berkaitan tanah dan pusaka secara dalam talian (online).


Sistem MyLand yang mula beroperasi pada 20 November 2023 menggantikan sistem terdahulu yang dikendalikan oleh JKPTG, iaitu Sistem MyeTaPP.

Dalam konteks ini, fungsi JKPTG sangat penting bagi memastikan sistem MyLand beroperasi secara lancar.


Sebagai agensi utama yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan tanah dan pusaka, JKPTG bertindak sebagai pengawal selia dan pentadbir utama sistem ini.


Menerusi MyLand, JKPTG memastikan setiap permohonan diproses mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.


Jika ada perlu memahami lebih mendalam aspek perundangan sebelum menggunakan MyLand, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan dari firma ASCOLAW di sini.


Untuk memahami lebih lanjut mengenai topik yang kita perkatakan ini - pusaka kecil - anda juga boleh baca artikel kami yang lain di sini.



Ternyata sistem MyLand yang diuruskan oleh JKPTG ini membolehkan permohonan pembahagiaan pusaka diproses secara lebih cepat dan sistematik.


Sistem MyLand ini juga membantu mengurangkan beban kerja pegawai dan kakitangan, sekaligus memudahkan waris mendapatkan hak pusaka masing-masing.


Mungkin kita masih keliru dalam memahami perbezaan di antara JKPTG dan MyLand.

Berikut adalah perbezaan utama di antara JKPTG dan MyLand. Mari kita lanjutkan pembacaan untuk lebih faham.


Baca perincian penuh di bawah untuk lebih faham perbezaan fungsi JKPTG dan MyLand.


Fungsi JKPTG dan MyLand

JKPTG: Bertindak sebagai agensi kerajaan yang menguruskan hal ehwal tanah dan galian di peringkat persekutuan. Fungsi utamanya termasuk pengambilan tanah, pengurusan harta tanah persekutuan dan pembahagian pusaka kecil.


MyLand: Ia sistem dalam talian yang dibangunkan oleh JKPTG untuk memudahkan urusan berkaitan tanah dan pusaka. Platform ini dapat dimanfaatkan oleh pengguna awam untuk mengakses perkhidmatan yang disediakan JKPTG.


Struktur Organisasi

JKPTG: Ia sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang mempunyai struktur organisasi tersendiri dengan pelbagai bahagian dan unit.


MyLand: Ia sistem aplikasi yang tidak mempunyai struktur organisasi sendiri, tetapi dikendalikan oleh JKPTG.


Interaksi dengan Pengguna

JKPTG: Berinteraksi dengan pengguna menerusi pejabat fizikal, perkhidmatan kaunter dan saluran komunikasi rasmi lain.


MyLand: Menyediakan platform dalam talian yang membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan JKPTG secara digital, termasuk permohonan pembahagian pusaka dan pengurusan tanah persekutuan.


Kawalan dan Pengurusan

JKPTG: Mengawal dan mengurus dasar serta prosedur berkaitan tanah serta galian di peringkat persekutuan.


MyLand: Medium yang digunakan JKPTG untuk melaksanakan tugas-tugas pengurusan tanah dan pusaka secara efisien menerusi teknologi maklumat.


Secara ringkasnya, JKPTG ialah agensi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan tanah dan galian di Malaysia, manakala MyLand ialah sistem dalam talian yang dibangunkan oleh JKPTG untuk memudahkan urusan berkaitan tanah dan pusaka.


Kelebihan MyLand dalam Pengurusan Pusaka Kecil

Pengurusan harta pusaka kecil sering menjadi cabaran besar bagi waris, terutama apabila membabitkan proses yang memerlukan banyak dokumentasi dan interaksi dengan pihak berkuasa.


Dalam konteks inilah Myland yang diperkenalkan oleh JKPTG menjadi platform digital penting yang direka khusus untuk pengurusan pusaka kecil secara dalam talian.


MyLand yang dapat diakses menerusi laman web rasmi myland.gov.my menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengguna, terutama dalam urusan permohonan pusaka kecil online.


Berikut beberapa kelebihan utama Mayland.


1. Kemudahan Online

Dengan MyLand, proses permohonan pusaka online menjadi lebih mudah dan cepat. Pengguna tidak lagi perlu hadir secara fizikal ke pejabat tanah untuk menyerahkan dokumen. Sebaliknya, semua dokumen berkaitan boleh dimuat naik secara digital. Ini sangat menjimatkan masa dan kos perjalanan.


2. Integrasi Data yang Efisien

Satu ciri unik MyLand JKPTG ialah integrasi datanya dengan agensi lain. Ini membolehkan semakan maklumat pemilik tanah dan pewaris dilakukan secara lebih pantas, sekaligus mengurangkan risiko kesilapan dalam proses dokumentasi.


3. Pengurangan Tempoh Pemprosesan

Menerusi MyLand, tempoh pemprosesan untuk permohonan pusaka kecil online dapat dipercepatkan. Dengan sistem automasi dan pemantauan status secara masa nyata (real-time), pengguna dapat mengetahui status permohonan mereka tanpa perlu menunggu lama.


4. Ketelusan dan Kemudahan Pemantauan

Pengguna MyLand dapat memantau status permohonan mereka menerusi akaun peribadi pada platform berkenaan. Ini menjadikan proses lebih telus serta mengurangkan kebimbangan waris mengenai status permohonan mereka.


5. Mesra Pengguna

Ini juga sangat penting. Antaramuka MyLand direka supaya mudah difahami, mesra pengguna dan dapat diakses oleh pelbagai golongan usia. Tutorial dan panduan penggunaan juga disediakan di myland.gov.my untuk membantu pengguna baharu.


Ringkasnya, MyLand bukan sahaja mempermudahkan urusan permohonan pusaka kecil online, malah meningkatkan kecekapan keseluruhan proses permohonan.


Dengan sokongan JKPTG, platform ini menjadi langkah proaktif ke arah transformasi digital dalam pengurusan pusaka kecil di negara ini.


Tegasnya, bagi mereka yang ingin menguruskan pusaka secara cekap, MyLand adalah pilihan terbaik.


Jika ada perlu memahami lebih mendalam aspek perundangan sebelum menggunakan MyLand, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan dari firma ASCOLAW di sini.


Untuk memahami lebih lanjut mengenai topik yang kita perkatakan ini - pusaka kecil - anda juga boleh baca artikel kami yang lain di sini.



Modul Pusaka dalam Sistem MyLand

Modul pusaka adalah satu daripada penambahan terbaru dalam MyLand.


Dengan kemaskini ini, pengguna dapat mengendalikan segala urusan pusaka, termasuk memuat turun dokumen rasmi dan memantau proses permohonan secara langsung daripada portal.


Daripada ini dapatlah difahami bahawa sistem MyLand adalah satu inovasi penting dalam mempercepatkan urusan tanah dan pusaka di Malaysia.


Dengan menggunakan teknologi ini, kerajaan dapat memastikan pengagihan pusaka berlangsung secara lebih teratur, telus dan cepat.


Permohonan Pusaka Kecil Menerusi MyLand

Untuk memulakan permohonan pusaka kecil online, pemohon perlu mengikuti langkah berikut.


Seperti dinyatakan di atas, permohonan pusaka kecil mulai Julai 2024 adalah menerusi MyLand.


Ia membabitkan proses permohonan harta pusaka yang nilainya tidak melebihi RM5 juta.


Untuk memohon pusaka kecil menerusi platform MyLand, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti.


Daftar Akaun

Sebelum dapat memohon pembahagian pusaka kecil, anda perlu mendaftar akaun di portal MyLand ini.


Ini perlu dilakukan di laman web MyLand.


Untuk ini, anda mesti menyediakan maklumat asas seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat email.


Log Masuk

Setelah membuat pendaftaran dan berjaya, anda boleh log masuk ke akaun anda dan menggunakan semua perkhidmatan yang disediakan di MyLand.


Apabila sudah log masuk, antaranya anda boleh pilih perkhidmatan “Pusaka Kecil” dari menu yang disediakan.


Buat Permohonan

Isi borang permohonan pusaka kecil dengan memasukkan maklumat yang diperlukan.


Antara maklumat yang perlu disertakan termasuklah:

  1. Nama pewaris yang memohon

  2. Nombor Kad Pengenalan pewaris yang memohon

  3. Maklumat harta pusaka (tanah, bangunan, akaun bank dan lain-lain)

  4. Maklumat waris-waris yang berhak ke atas pusaka.


Muat Naik Dokumen

Dokumen sokongan seperti sijil kematian, geran tanah, penyata akaun bank dan surat pengesahan waris perlu dimuat naik sebagai sebahagian daripada dokumen untuk proses permohonan.


Pastikan semua dokumen adalah dalam format yang diterima oleh sistem MyLand. Lazimnya dokumen dalam format PDF atau format imej tertentu diterima oleh sistem pada portal ini.


Hantar Permohonan

Sebelum klik butang hantar, semak semula butiran maklumat permohonan anda serta dokumen berkaitan.


Setelah pasti semua maklumat dan dokumen dimasukkan adalah menepati kehendak sistem, klik “Hantar”.


Dengan klik butang "Hantar", bermakna anda telah menyerahkan permohonan kepada JKPTG untuk diproses.


Pemprosesan Permohonan

Setelah itu, permohonan anda akan diproses oleh JKPTG. Mereka akan meneliti setiap butiran permohonan dan dokumen sokongan yang disertakan.


Jika wujud sebarang masalah atau maklumat tambahan diperlukan, anda akan dimaklumkan menerusi platform MyLand atau email.


Bayar Yuran

Untuk membolehkan JKPTG memproses permohonan, anda mungkin perlu membuat pembayaran pada kadar tertentu. Lazimnya agak minimum.


Pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian di laman web MyLand atau di kaunter JKPTG.


Fasa Pembicaraan

Setelah permohonan disemak dan disahkan oleh JKPTG, satu sesi pembicaraan akan diadakan. Pada peringkat ini semua waris perlu hadir.


Waris-waris boleh memilih cara pembahagian harta pusaka mengikut persetujuan dan muafakat bersama atau berdasarkan hukum faraid.


Muafakat bersama ini adalah berdasarkan kaedah takharuj, iaitu waris melepaskan haknya dan diberikan kepada waris yang dapat sedikit bahagian harta pusaka yang berdasarkan faraid.


Bagaimanapun, hanya waris yang memenuhi syarat boleh dibenarkan dalam kaedah takharuj.


Waris kanak-kanak, waris gila dan sebagainya akan dikekalkan hak mereka.


Dan, jika ada perselisihan, maka pembahagian akan kembali kepada pengiraan asal berdasarkan hukum asal faraid.

Pengeluaran Surat Kuasa

Setelah sesi pembicaraan, jika tiada isu berbangkit dan semua prosedur berjalan lancar, Surat Kuasa Mentadbir akan dikeluarkan kepada pentadbir yang dilantik.


Pentadbir ini bertanggungjawab membahagikan harta pusaka mengikut keputusan yang sudah dibuat.


Memuktamadkan Permohonan

Setelah harta pusaka yang berkenaan dibahagikan dan semua tanggungan membabitkan harta pusaka itu diselesaikan, proses pembahagian ini akan ditutup.


Untuk penutupan rasmi ini, pentadbir yang dilantik perlu menyerahkan laporan pembahagian kepada JKPTG.


Penting!

Anda perlu memastikan semua maklumat yang disertakan di dalam MyLand adalah tepat dan lengkap.


Ini untuk mengelakkan sebarang kelewatan dalam pemprosesan permohonan.


Selain itu, sebarang pertikaian yang timbul di kalangan waris perlu diselesaikan secara baik atau rujuk kepada mahkamah syariah jika membabitkan isu hukum faraid.


Dengan cara ini, permohonan pusaka kecil dapat diselesaikan lebih mudah dan sistematik menggunakan platform MyLand.


Jika ada perlu memahami lebih mendalam aspek perundangan sebelum menggunakan MyLand, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan dari firma ASCOLAW di sini.


Untuk memahami lebih lanjut mengenai topik yang kita perkatakan ini - pusaka kecil - anda juga boleh baca artikel kami yang lain di sini.



Ringkasan Cara Mohon di MyLand

Berikut adalah ringkasan langkah demi langkah untuk memohon pembahagian pusaka kecil di portal MyLand.

  1. Log masuk ke portal MyLand

  2. Klik pada modul 'Pengurusan Pusaka'

  3. Pilih opsyen 'Permohonan Baru'

  4. Isikan semua maklumat berkaitan si mati dan senarai harta

  5. Muat naik dokumen sokongan berkaitan

  6. Setelah pastikan semua maklumat betul, kik butang "Hantar".


Cabaran dalam Pelaksanaan MyLand JKPTG

Pun begitu tidak terlalu mudah bagi JKPTG dalam mengendalikan sistem MyLand. Wujud beberapa masalah dan cabaran. Antara termasuklah:


Kesedaran Awam

Masih ramai rakyat Malaysia belum mengetahui kewujudan sistem ini. Justeru, JKPTG perlu melaksanakan lebih banyak kempen kesedaran.


Akses Internet

Di kawasan luar bandar, masalah capaian Internet menjadi penghalang kepada penggunaan MyLand secara meluas.


Kemahiran Digital

Warga emas dan mereka yang kurang mahir teknologi mungkin menghadapi kesukaran menggunakan sistem ini. Justeru, JKPTG perlu menyediakan panduan yang lebih memudahkan pemahaman orang ramai.


MyLand: Soalan Lazim

1. Apakah itu Sistem MyLand?

Sistem MyLand adalah platform digital yang diperkenalkan untuk memudahkan urusan tanah dan pusaka secara dalam talian.


2. Siapakah yang boleh menggunakan Sistem MyLand?

Waris, pemilik tanah, dan orang awam boleh menggunakan sistem ini untuk menguruskan urusan tanah dan pusaka.


3. Adakah pendaftaran dalam sistem ini dikenakan bayaran?

Tidak, pendaftaran dalam sistem MyLand adalah percuma.


4. Berapa lama tempoh pemprosesan permohonan pusaka kecil?

Tempoh pemprosesan bergantung kepada kelengkapan dokumen yang diserahkan, tetapi biasanya mengambil masa antara 2 hingga 4 minggu.


MyLand: Masa Depan Pengurusan Pusaka

Dengan perkembangan teknologi, MyLand dijangka akan terus berkembang dan menjadi sistem pengurusan tanah dan pusaka yang lebih efisien.


JKPTG juga sedang dalam usaha untuk menambah baik sistem ini dengan ciri-ciri baharu yang akan memudahkan lagi urusan pengguna.


Dalam dunia digital yang semakin berkembang, MyLand muncul sebagai inovasi terkini dalam pengurusan tanah dan pusaka di Malaysia.


Di bawah seliaan JKPTG, platform online ini dirancang untuk memberikan kemudahan dan kecekapan dalam pelbagai urusan berkaitan tanah serta pusaka.


Seperti dinyatakan di atas, dengan adanya sistem online MyLand ini, rakyat kini dapat memperolehi perkhidmatan lebih mesra pengguna dan pantas.


Satu daripada kelebihan utama MyLand ialah kemampuannya memudahkan urusan permohonan pusaka online.


Proses ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah mengurangkan kos dan tekanan yang sering wujud dalam prosedur permohonan pusaka secara manual.


Jika ada perlu memahami lebih mendalam aspek perundangan sebelum menggunakan MyLand, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan dari firma ASCOLAW di sini.


Untuk memahami lebih lanjut mengenai topik yang kita perkatakan ini - pusaka kecil - anda juga boleh baca artikel kami yang lain di sini.


Myland: Memacu Era Baharu

Mari kita lanjutkan sedikit lagi untuk lebih tahu, faham dan jelas mengenai MyLand.


Di bawah inisiatif teknologi ini, permohonan pusaka kecil online menjadi lebih teratur dan mudah diuruskan.


JKPTG akan sentiasa memastikan bahawa setiap proses dari pendaftaran hingga pengeluaran surat kuasa mentadbir dapat dilakukan secara digital.


Sangat ringkas. Pengguna hanya perlu mendaftar akaun, menghantar dokumen yang diperlukan serta menyerahkan permohonan mereka menerusi portal MyLand semudah dari rumah atau di mana sahaja.


MyLand: Transformasi Digital dalam Pentadbiran Tanah

Selain membabitkan perihal pembahagiaan harta pusaka, MyLand dengan memang teknologi moden turut menyediakan maklumat lengkap mengenai status tanah, carian rekod hartanah dan pelbagai perkhidmatan lain yang berkaitan.


Langkah ini selaras aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran dan memastikan rakyat mendapat akses mudah kepada maklumat tanah serta pusaka.


Bagi mereka yang ingin membuat permohonan pusaka online, platform ini boleh dikatakan sebagai penyelesaian yang komprehensif.


Masa Depan Pengurusan Tanah dan Pusaka

Berdasarkan pencapaian MyLand setakat ini, mari kita cuba telah masa depan pengurusan tanah dan pusaka di negara ini.


Setakat ini ternyata sistem MyLand bukan sahaja berjaya memodenkan sistem pengurusan tanah, malah menjadi tonggak utama dalam memastikan keadilan dan ketelusan dalam urusan pembahagian pusaka.


Menerusi integrasi teknologi ini, cabaran seperti pertikaian tanah dan kelewatan pengurusan pusaka, dapat diminimumkan.


MyLand juga membolehkan lebih ramai rakyat negara ini untuk lebih memahami hak mereka dalam hal ehwal tanah serta pusaka.


Ternyata MyLand berjaya menjadi satu langkah besar ke arah masa depan yang lebih cerah dalam pengurusan tanah dan pusaka di Malaysia.


Dengan kewujudan platform ini, JKPTG terus membuktikan komitmennya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


MyLand: Langkah Besar

Sistem MyLand kini berjaya muncul hasil langkah besar oleh JKPTG ke arah digitalisasi pengurusan tanah dan pusaka di negara ini.


Dengan kemudahan permohonan pusaka kecil secara online dan integrasi data menyeluruh, sistem ini bukan sahaja mempercepatkan urusan, malah memastikan ketelusan dalam setiap proses.


Walaupun wujud beberapa cabaran, masa depan MyLand kelihatan cerah dan berpotensi untuk terus memberi manfaat kepada rakyat negara ini dalam menguruskan pusaka mereka.


Dalam hal ini, JKPTG telah membuktikan komitmen mereka dalam memperkasakan pengurusan tanah dan pusaka menerusi MyLand.


Sangat jelas bahawa menerusi kewujudan sistem ini, proses yang dahulunya rumit, kini menjadi lebih mudah, cepat serta efisien.


Justeru, orang ramai disarankan memanfaatkan portal rasmi di MyLand.gov.my ini bagi sebarang urusan berkaitan tanah dan pusaka bagi memastikan apa sahaja urusan hartanah dan pusaka di negara ini lebih teratur serta sistematik.


Jika ada perlu memahami lebih mendalam aspek perundangan sebelum menggunakan MyLand, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan dari firma ASCOLAW di sini.


Untuk memahami lebih lanjut mengenai topik yang kita perkatakan ini - pusaka kecil - anda juga boleh baca artikel kami yang lain di sini.




 

Comentários


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page