| | |
| | Selalunya bermaksud perjanjian jual beli tersebut. |
| Pemilik Berdaftar, Pihak Penjual atau Vendor | Pihak yang menjual hartanah dalam perjanjian dan mempunyai hak pemilikan ke atas hartanah tersebut. |
| | Pihak yang ingin membeli hartanah dalam perjanjian. |
| | Aset jual beli yang dibuktikan pemilikannya melalui Geran Tanah atau Surat Ikatan Penyerahan. |
| Hakmilik Induk atau Geran Tanah | Geran yang menyatakan maklumat pemilikan hartanah tersebut. |
| | Dokumen bukti pemilikan Harta bagi senario di mana Geran Tanah belum dikeluarkan. |
| | Tanggungjawab ataupun janji. |
| | Nilai bayaran penuh yang perlu dibayar oleh Pihak Pembeli bagi tujuan pembelian Hartanah. |
| | Sebahagian daripada nilai Harga Belian yang perlu dibayar oleh pihak Pembeli ketika menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah. |
| Duit muka, deposit awalan, wang pendahuluan, wang cengkeram | Bayaran awal yang merupakan sebahagian daripada Deposit yang perlu dibayar oleh Pihak Pembeli sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah sebagai tanda persetujuan antara Pihak Penjual dan Pihak Pembeli untuk memulakan proses transaksi Perjanjian Jual Beli Rumah dan Pihak Penjual tidak akan memberi peluang pihak ketiga untuk membeli Harta tersebut sehingga proses jual beli selesai (atau sebab-sebab lain). |
| | Baki bayaran setelah menolak nilai Deposit Awalan dari nilai Deposit yang akan dibayar oleh Pihak Pembeli pada ketika Perjanjian Jual Beli Rumah ditandatangani oleh Pihak Penjual dan Pihak Pembeli. |
| | Jumlah wang yang perlu dibayar setelah menolak nilai Deposit daripada nilai Harga Belian. Terma pembayaran adalah mengikut terma Perjanjian Jual Beli Rumah. |
| | Tempoh masa yang dipersetujui untuk melengkapkan proses pemindahan hakmilik Harta dari Pihak Penjual ke atas nama Pihak Pembeli dari tarikh yang dipersetujui antara kedua bela pihak. Tempoh masa ini selalunya bermula dari tarikh Perjanjian Jual Beli Rumah ditandatangani dengan lengkap oleh Pihak Penjual dan Pihak Pembeli atau tarikh di mana. |
| | Borang Memorandum of Transfer 14A Kanun Tanah Negara yang akan digunakan untuk memindahmilik pemilikan tanah dari Vendor kepada Pembeli. |
| | Kemudahan pinjaman atau pembiayaan oleh institutsi kewangan yang mungkin dimohon oleh Pembeli untuk membiayai pembelian Harta dalam Perjanjian Jual Beli. |
| | Bermaksud sebuah sekatan yang didaftarkan ke atas Geran Tanah untuk menghalang sebarang transaksi kepada Harta tersebut. Bagi tujuan Perjanjian Jual Beli Rumah ia akan didaftarkan oleh Peguam Pembeli. |
| | Suatu keadaan dimana Pembeli gagal untuk menyempurnakan dan menyelesaikan transaksi jual beli rumah dalam masa yang dipersetujui antara Vendor dan Pembeli. Salah satu contoh Kegagalan Pembeli adalah kegagalan untuk mendapatkan pembiayaan bagi pembelian rumah bagi transaksi Perjanjian tersebut. |
| | Suatu keadaan dimana Penjual gagal untuk menyempurnakan dan menyelesaikan transaksi jual beli rumah dalam masa yang dipersetujui antara Penjual dan Pembeli. Salah satu contoh Kegagalan Penjual adalah kegagalan untuk menyediakan Geran Tanah bagi tujuan pendaftaran Surat Cara Pindah Milik, |
| | Ini bermaksud penyerahan Harta kepada Pembeli dari Penjual. Penyerahan Pemilikan Kosong boleh berlaku dalam keadaan tiada penghuni di atas Harta tersebut atau dalam keadaan 'as is where is basis' iaitu dalam keadaan semasa Harta tersebut. |
| Cukai Keuntungan Harta Tanah - CKHT | Ini merupakan cukai yang perlu ditanggung oleh Penjual bagi sebarang keuntungan yang diperoleh dari penjualan Harta tersebut. Pembayaran CKHT ini akan dilaksanakan dengan Pembeli mengambil sebahagian dari Harga Belian iaitu sebanyak 3% dan dibayarkan terus kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. |
| | Cukai taksiran Perjanjian tersebut yang perlu dibayar Pembeli kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. |
| | Penalti yang dikenakan bagi sebarang kelewatan oleh mana-mana pihak dalam melaksanakan proses Penyempurnaan Pindah Milik. |
Komen