Apa sebenarnya yang peguam pembeli akan buat jika dilantik pembeli rumah?
Peguam memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu urus niaga pemindahan hartanah antara penjual dan pembeli.
Selain daripada memastikan tiada kecuaian mahupun penipuan oleh pihak penjual, ada banyak perkara lain dan peranan yang perlu dimainkan oleh peguam penjual.
Antara urusan-urusan yang akan diselesaikan oleh pihak peguam pembeli anda adalah seperti berikut:-
(1) Mendapatkan Redemption Statement Bank dari Pihak Peguam Penjual Bank. Ini bagi mengetahui jika masih terdapat hutang bank oleh Penjual;
(2) Melakukan Carian Hakmilik Tanah untuk Status Tanah terkini. Ini membolehkan kita mengetahui nama pemilik sebenar di atas geran tanah;
(3) Menyemak status penjual dan anda untuk status insolvensi. Jika anda bankrupt sudah pasti perjanjian anda akan menjadi sangat rumit. Selalunya jika ada status bankrupt pihak lain tidak mahu meneruskan transaksi tersebut;
(4) Mendraf Perjanjian Jual Beli. Adalah sangat penting pembeli melantik peguam pembeli. Ini bagi membolehkan syarat-syarat perjanjian yang dinyatakan Penjual itu adil dan seterusnya anda faham implikasi perundangannya;
(5) Berurusan dan melakukan permohonan CKHT. Setiap perjanjian jual beli rumah akan memerlukan setiap pihak mengira cukai Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Walaupun cukai ini perlu dibayar oleh penjual, ia akan ditolak dari harga yang dibayar anda sebagai pembeli. Peguam pembeli akan membuat urusan ini dengan pihak LHDN bagi pihak anda.
(6) Berurusan dengan pejabat tanah untuk tujuan pemindahan nama. Ini termasuklah memastikan proses tandatangan mengikut aturan yang diperlukan.;
(7) Berurusan dengan Badan Pengurusan Bangunan untuk mengetahui status geran tanah jika ia adalah geran strata. Kadang-kala penjual sendiri tidak tahu bahawa rumah yang mereka ingin jual itu sudah mempunyai geran. Bila ini berlaku, urusan jual beli akan melibatkan geran tanah dan pejabat tanah dan bukan sekadar perjanjian jual beli dan surat ikatan amanah.
(8) Berurusan dengan Badan Pengurusan Bangunan untuk semakan hutang. Kita tidak mahu seseorang pembeli terkejut dengan keadaan di mana rupanya terdapat hutang selenggara yang tidak dibayar oleh penjual.
(9)Berurusan dengan Pihak Bank dan peguam Pihak Bank. Jika anda ingin membeli dengan pembiayaan bank sudah pasti keadaan akan semakin rumit. Bank tidak akan membenarkan anda sendiri menguruskan dokumentasi pembiayaan. Dalam keadaan ini kadang-kala peguam pembeli juga akan menjadi peguam bank bagi tujuan dokumen perjanjian pembiayaan.
(10) Berurusan dengan Peguam Penjual. Sudah pasti dengan yuran fi yang dibayar peguam pembeli akan menguruskan komunikasi dan hal perundangan yang terlibat dengan urusan transaksi anda. Ini membolehkan anda tidak tertanya-tanya dan diberikan nasihat yang sewajarnya untuk anda membuat keputusan tepat.
Sebelum melantik peguam pastikan peguam tersebut adalah bertauliah dan mempunyai lesen sah yang aktif bagi tahun semasa.
Semua peguam yang sah tidak mempunyai masalah untuk memberi salinan lesen tersebut anda lihat.
Anda juga boleh semak lesen tersebut di portal Majlis Peguam Malaysia.
Ingin peguam bertauliah menguruskan transaksi pembelian rumah anda?
ASCOlaw (Akmal Saufi & Co) adalah firma guaman berlesen dan bertauliah dibawah Badan Peguam Malaysia dan berpusat di Kuala Lumpur dan Johor.
Hubungi kami untuk menyelesaikan transaksi pembelian hartanah anda dengan menekan link ini -> https://bit.ly/3xtdNGX
Comments