top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Writer's pictureNur Din

Soalan Lazim Tukar Nama Geran Tanah: Ini Penyelesaian Perundangan yang Anda Perlu Tahu 

Updated: 28 Jun

Kandungan

Tukar Nama Geran Tanah

Prosedur Tukar Nama Geran Tanah

soalan dan Isu

Implikasi kepada Pemilik Tanah

Fahami Undang-Undang

Orang Islam dan Bukan Islam

Pihak yang Perlu Dirujuk

Tips Penyelesaian

Langkah-langkah Praktikal




Tukar nama geran tanah selepas pemilik meninggal dunia adalah proses yang perlu dilakukan untuk memastikan pegangan hakmilik hartanah berkenaan dipindahkan kepada waris yang sah. 


Walaupun proses ini nampak mudah pada zahirnya, wujud beberapa soalan lazim yang mungkin timbul ada kaitan dengan kelewatan atau komplikasi perundangan yang tidak diingini. 


Justeru, sangat penting untuk memahami soalan-soalan ini dan penyelesaian perundangan yang boleh diambil untuk mengatasinya.


Sebelum memperincikan soalan lazim berkenaan, ada baiknya kita memahami prosedur tukar nama geran tanah ini secara lebih terperinci.



HAKMILIK… Hakmilik aset tanah perlu dibuktikan di atas geran tanah. (Imej janaan AI)

Tukar Nama Geran Tanah

Tukar geran tanah atau pindah milik tanah adalah satu proses penting yang perlu dilalui apabila pemilikan tanah berpindah tangan daripada satu pihak kepada pihak lain.


Ini merujuk kepada proses tukar nama pemilik tanah dalam dokumen rasmi, iaitu apa yang sering dikenal sebagai "geran tanah".


Proses ini sangat penting kerana ia memastikan pemilikan tanah yang sah dan mencegah sebarang pertikaian atau masalah berkaitan pemilikan tanah pada masa depan.


Keperluan dan kepentingan tukar nama geran tanah tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan aset bernilai tinggi.


Tanpa prosedur tukar nama geran tanah, pemilik tanah baharu tidak mempunyai bukti pemilikan yang sah. Ini boleh menyebabkan masalah untuk melakukan sebarang transaksi atau urusan berkaitan tanah terbabit pada masa akan datang.


Proses tukar nama geran tanah juga bertujuan memastikan rekod pemilikan tanah secara tepat dan terkini di pejabat tanah atau pejabat daerah. 


Dari sudut pentadbiran tanah, ini membolehkan pihak berkuasa tanah merekodkan dan mengenakan cukai tanah sewajarnya kepada pemilik tanah yang baharu.


Justeru, tukar nama geran tanah adalah satu langkah penting yang perlu diambil selepas sebarang transaksi pemilikan tanah seperti penjualan, pemindahan hakmilik atau pewarisan. 


Ia memastikan hakmilik tanah berlaku secara sah dan menjamin keselamatan serta kedamaian fikiran kepada pemilik tanah yang baharu.


Dalam artikel ini, kita akan membincangkan secara lebih mendalam mengenai soalan lazim yang sering timbul dalam proses tukar nama geran tanah.


Kita juga akan melihat prosedur dan proses utama, penyelesaian yang boleh diambil berkaitan masalah berbangkit, pihak berkuasa terbabit serta menyenaraikan nasihat dan cadangan untuk memudahkan proses tukar nama geran tanah pindah milik berjalan lancar dan sukses.


Anda boleh baca lagi mengenai tukar nama geran tanah dalam artikel kami yang lain di sini atau di sini.


Tukar Nama Geran Tanah: Ini Antara Prosedur Penting

Sebelum melihat lebih terperinci mengenai soalan lazim tukar nama geran tanah, mari kita fahami prosedur tukar nama geran tanah secara umum. 


Tukar geran tanah atau pindah milik tanah akan membabitkan beberapa langkah dan prosedur yang perlu diikuti secara teliti. Proses ini mungkin berbeza mengikut negeri atau lokasi tanah. Namun, pada dasarnya ia akan membabitkan langkah-langkah berikut:


Mengumpul Dokumen yang Diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan ialah salinan geran tanah atau surat hakmilik asal, surat akuan pemindahan hakmilik, sijil kematian dan dokumen pengenalan pemilik tanah yang baharu. 


Anda juga perlu mungkin perlu menyediakan dokumen sokongan lain seperti suratcara, surat kuasa wakil dan resit pembayaran cukai tanah.


1. Borang 14A: Antara Dokumen Penting  

Dalam urusan tukar nama geran tanah, Borang 14A adalah antara borang paling penting. Ia digunakan dalam urusan di Pejabat Tanah untuk mendaftarkan geran dengan nama pembeli.


Ini sebagaimana ditetapkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Kedua-dua pihak - pemilik asal dan pemilik baharu - perlu menandatangani dokumen ini untuk menukar nama pemilik pada geran tanah.


Borang 14A boleh juga dimuat turun di sini.


2. Membuat Permohonan Tukar Geran Tanah

Permohonan tukar geran tanah perlu dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Daerah yang berkenaan. Anda perlu mengisi borang permohonan secara lengkap dan menyertakan semua dokumen sokongan berkaitan.


3. Membayar Fi dan Cukai yang Ditetapkan

Tukar nama geran tanah lazimnya akan membabitkan pembayaran fi pemprosesan dan cukai tanah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jumlah yang perlu dibayar berbeza mengikut lokasi dan nilai tanah.


4. Proses Semakan dan Kelulusan

Pejabat Tanah akan menyemak setiap permohonan dan memastikan semua dokumen lengkap, betul dan sempurna. Jika tiada kemusykilan atau perkara berbangkit, permohonan akan diluluskan.


5. Mengambil Geran Tanah Baharu

Setelah diluluskan, anda perlu mengambil geran tanah baharu yang telah ditukar nama di Pejabat Tanah atau Pejabat Daerah di lokasi terbabit.


Dalam tempoh permohonan itu diproses, anda mungkin diminta mengemukakan dokumen tambahan atau membuat penjelasan lanjut oleh pihak berkuasa. 


Berapa lama semua proses berkenaan mengambil masa? Lazimnya, ia mengambil masa beberapa minggu atau bulan; bergantung pada kerumitan kes dan kelancaran kerja. 


Tukar Nama Geran Tanah: Soalan dan Isu

Berikut ini ialah antara soalan dan isu lazim dalam proses tukar nama geran tanah.


Isu dan Pertikaian Waris 

Salah satu soalan utama yang mungkin timbul adalah pertikaian di antara waris-waris mengenai pembahagian harta pusaka, termasuklah membabitkan tanah atau rumah yang ingin ditukar nama. 


Pertikaian ini mungkin timbul akibat pelbagai faktor seperti ketidakpuasan terhadap pembahagian yang dilakukan, perselisihan faham mengenai isu hakmilik atau kewujudan wasiat yang dipertikaikan kesahihannya.


Penyelesaian Perundangan

Jika berlaku pertikaian mengenai pembahagian harta pusaka, pihak-pihak berkenaan boleh memfailkan permohonan untuk penentuan hak di mahkamah yang berkaitan. 


Bagi masyarakat Islam, ia boleh dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan penentuan hak mengikut Hukum Faraid. 


Bagi bukan Islam, permohonan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.


Ketidakpatuhan Terhadap Wasiat

Berlaku juga kes pemilik tanah atau rumah meninggalkan wasiat bertulis yang menyatakan pembahagian harta pusaka berbeza berbanding peruntukan undang-undang. 


Jika waris-waris tidak mematuhi wasiat berkenaan, ia boleh menyebabkan pertikaian dan kelewatan dalam proses tukar nama geran hartanah terbabit.


Penyelesaian Perundangan 

Dalam situasi seperti ini, pihak-pihak berkenaan boleh memfailkan permohonan untuk pengesahan dan pengiktirafan wasiat di Mahkamah Tinggi. 


Setelah wasiat disahkan, pembahagian harta pusaka perlu dilaksanakan mengikut keinginan si mati seperti yang dinyatakan di dalam wasiat berkenaan.


Urusan Pentadbiran Pusaka

Dalam sesetengah kes, harta pusaka mungkin memerlukan proses pentadbiran terlebih dahulu sebelum pembahagian akhir dapat dibuat kepada waris. 


Ini mungkin berkaitan dengan beberapa faktor, termasuklah kewujudan hutang atau liabiliti yang perlu diselesaikan atau perlunya menguruskan jualan harta terlebih dahulu bagi tujuan pembahagian.


Penyelesaian Perundangan 

Untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka, Mahkamah Tinggi boleh melantik Pentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. 


Pentadbir akan dibekalkan dengan Surat Kuasa Mentadbir yang memberikan kuasa untuk menguruskan harta seperti membayar hutang, menjual harta dan seterusnya membuat pembahagian kepada waris.


Pengurusan Dokumen 

Ada juga kes permohonan tukar nama geran atau pindah milik tanah ditangguhkan atau ditolak kerana kekurangan atau kesilapan dalam dokumen sokongan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa tanah. 


Ini mungkin disebabkan kesilapan dalam penyediaan dokumen, kehilangan dokumen atau ketidakpatuhan terhadap keperluan-keperluan tertentu.


Penyelesaian Perundangan 

Jika berlaku persoalan mengenai dokumen sokongan, waris boleh berusaha untuk mendapatkan semula dokumen yang hilang atau membetulkan kesilapan yang terdapat dalam dokumen berkenaan. 


Jika ini tidak dapat dilakukan, waris boleh memohon perintah mahkamah untuk mengatasi faktor kekangan kekurangan dokumen atau mengiktiraf dokumen alternatif yang boleh diterima oleh pihak berkuasa tanah.


Isu Cukai Tanah

Dalam sesetengah kes pula, wujud soalan berkaitan pembayaran cukai tanah untuk hartanah yang ingin ditukar nama. 


Ini ada kaitan dengan ketidakpastian mengenai siapa yang bertanggungjawab untuk membayar cukai sebelum proses tukar nama geran tanah pindah milik selesai atau wujudnya tunggakan cukai yang perlu dijelaskan terlebih dahulu.


Penyelesaian Perundangan

Bagi mengatasi soalan ini, waris boleh merujuk kepada peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan peraturan tanah negeri yang berkaitan. 


Secara umum, cukai tanah perlu dijelaskan sehingga tarikh permohonan tukar nama dibuat. Tugas ini lazimnya menjadi tanggungjawab waris yang baharu. 


Jika wujud tunggakan cukai, ia perlu dijelaskan sebelum proses tukar nama dapat dibuat.


PengurusanHartanah

Kadang-kadang timbul persoalan dalam pengurusan hartanah sebelum proses tukar nama selesai. 


Ini mungkin membabitkan isu tertentu seperti pengambilan hasil atau pendapatan daripada hartanah oleh pihak lain, soalan penyewaan atau wujud "sekatan perundangan" ke atas hartanah terbabit.


Penyelesaian Perundangan 

Dalam situasi seperti ini, mahkamah boleh melantik pemegang amanah sementara atau penjaga bagi menguruskan hartanah sehingga proses tukar nama selesai dan status pegangan hakmilik baharu dapat dipindahkan kepada waris yang sah. 


Pelantikan ini biasanya dilakukan di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 atau peruntukan perundangan yang berkaitan.


Isu Pentadbir Pusaka

Jika pentadbir telah dilantik untuk menguruskan harta pusaka sebelum pembahagian dibuat, ada kemungkinan timbul isu seperti ketidakcekapan pentadbiran, salah urus atau konflik kepentingan. 


Ini boleh menjejaskan proses pentadbiran harta dan menyebabkan kelewatan dalam pembahagian dan tukar nama geran.


Penyelesaian Perundangan

Jika wujud isu bersabit pentadbiran harta pusaka oleh pentadbir yang dilantik, pihak berkepentingan boleh memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk memecat pentadbir terbabit dan melantik pentadbir baharu.


Dalam hal seperti ini, mahkamah mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.


Tukar Nama Geran Tanah: Implikasi Pemilik Tanah

Selain di atas, apa juga isu atau masalah lazim yang timbul dalam proses tukar nama geran tanah memberi kesan ketara terhadap pemilik tanah, termasuklah implikasi buruk dari sudut kewangan serta undang-undang. 


Pemilik atau pewaris baharu mungkin menghadapi kelewatan dalam mendapatkan geran baharu atau mungkin terpaksa menghadapi kebuntuan serta kesulitan dalam menyelesaikan urusan hartanah mereka.


Kelambatan proses tukar nama geran tanah juga mendatangkan risiko kewangan kepada pemilik tanah. 


Contohnya, jika seseorang merancang untuk menjual atau menyewakan tanah terbabit, apa juga isu atau halangan tukar nama geran tanah boleh mengganggu transaksi berkenaan dan menyebabkan kerugian kewangan.


Selain itu, dari segi undang-undang, apa juga isu atau masalah lazim tukar nama geran tanah boleh menimbulkan gangguan terhadap transaksi hartanah secara keseluruhan. 


Contohnya, dokumen tanah yang tidak lengkap atau tidak sah boleh menyebabkan ketidakpastian undang-undang yang boleh menghalang proses jual beli atau pindah milik hartanah terbabit. 


Malah, jika berlaku banyak kes seumpama ini di sesuatu kawasan, negeri atau negara, ia boleh memberi kesan buruk terhadap kestabilan pasaran hartanah secara keseluruhan.


Jadi, sangat penting untuk menyedari implikasi daripada sebarang isu atau masalah lazim tukar nama geran tanah dari pelbagai segi serta mengambil langkah-langkah sesuai untuk mengatasinya. 


Lazimnya dengan memahami risiko kewangan dan undang-undang, pemilik tanah dapat mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan isu dan masalah terbabit dan memastikan pengurusan hartanah sentiasa lancar.



GERAN… Sebelum kemukakan permohonan tukar nama geran tanah, sangat perlu untuk meneliti semua dokumen adalah lengkap dan sempurna. (Imej janaan AI)

Tukar Nama Geran Tanah: Fahami Undang-Undang

Di Malaysia, ada beberapa undang-undang, akta dan peraturan yang perlu difahami dan dirujuk jika berlaku pertikaian berkaitan penukaran nama geran tanah


Antara undang-undang, akta dan peraturan utama adalah Kanun Tanah Negara 1965.

Ini akta induk yang mengawal selia hal ehwal berkaitan tanah di Malaysia. 


Antara lain, ia mengandungi peruntukan mengenai pendaftaran tanah, pemindahan hakmilik, pengambilan tanah dan yang berkaitan.


Proses tukar geran hakmilik tanah juga tertakluk kepada beberapa peraturan peringkat negeri dan daerah. 


Setiap negeri mempunyai peraturan tanah tersendiri yang mesti dipatuhi. Lazimnya peraturan ini meliputi pelbagai aspek seperti cukai tanah serta syarat dan pembatasan tanah.


Dalam menangani pertikaian berkaitan tukar nama geran tanah, sangat penting untuk merujuk kepada undang-undang, akta dan peraturan berkaitan. 


Nasihat dan pandangan dari peguam hartanah berpengalaman juga amat diperlukan untuk memastikan proses perundangan dipatuhi secara betul dan proses tukar tanah dapat dilaksanakan secara lancar dan berjaya.


Antaranya anda boleh mendapatkan khidmat guaman dari firma ASCOLAW di sini. 


Tukar Nama Geran Tanah: Islam dan Bukan Islam

Di Malaysia, ada sedikit perbezaan dalam penyelesaian soalan atau pertikaian berkaitan tukar nama geran tanah membabitkan orang Islam dan bukan Islam. 


Penyelesaian: Orang Islam

1) Langkah pertama adalah merujuk kepada Pejabat Tanah / pihak berkuasa tanah seperti biasa.


2) Jika isu tidak dapat diselesaikan pada peringkat ini, ia boleh dirujuk kepada Mahkamah Syariah untuk penyelesaian bagi kes-kes membabitkan undang-undang Syariah seperti masalah pembahagian harta pusaka atau pertikaian dalam kalangan ahli keluarga Islam.


3) Selain perkahwinan, perceraian dan perkara berkaitan undang-undang Islam, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa ke atas orang Islam dalam perkara membabitkan pembahagian harta pusaka.


4) Jika soalan masih tidak dapat diselesaikan di Mahkamah Syariah, ia boleh dirujuk ke Mahkamah Tinggi Sivil.


Penyelesaian: Orang Bukan Islam

1) Langkah pertama juga merujuk kepada Pejabat Tanah / pihak berkuasa tanah.


2) Jika isu tidak dapat diselesaikan, ia boleh terus dirujuk kepada Mahkamah Tinggi (Sivil)


3) Mahkamah Tinggi akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan berdasarkan undang-undang sivil yang ada.


4) Jika tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah ini, rayuan boleh dibuat di Mahkamah Rayuan.


Perbezaan utama adalah orang Islam perlu melalui Mahkamah Syariah terlebih dahulu jika membabitkan undang-undang syariah, manakala orang bukan Islam terus ke Mahkamah Tinggi (Sivil). 


Namun, jika soalan tidak membabitkan undang-undang Syariah, kedua-dua pihak akan melalui saluran penyelesaian yang sama, iaitu di mahkamah sivil.


Tukar Nama Geran Tanah: Pihak yang Perlu Dirujuk

Dalam situasi pertikaian atau soalan berkaitan tukar nama geran tanah, ada beberapa pihak berkuasa, jabatan atau agensi dan mahkamah yang boleh dirujuk.


Ini bergantung kepada jenis dan tahap isu atau masalah berkenaan. 


Berikut adalah pihak-pihak berkenaan.


1. Pejabat Tanah / Pihak Berkuasa Tanah 

Ini adalah agensi utama yang bertanggungjawab dalam urusan tanah dan pendaftaran hakmilik tanah. Sebarang pertikaian atau isu berkaitan penukaran nama geran tanah perlu dirujuk kepada pejabat ini terlebih dahulu.


2. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri

Pejabat ini mempunyai bidang kuasa bagi menyelesaikan pertikaian atau rayuan berkaitan tanah di peringkat negeri. Ia boleh dirujuk jika soalan tidak dapat diselesaikan di peringkat Pejabat Tanah.


3. Mahkamah Tinggi

Jika soalan berkaitan penukaran nama geran tanah masih tidak dapat diselesaikan menerusi saluran pentadbiran biasa, ia boleh dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan penyelesaian.


4. Mahkamah Rayuan

Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi boleh merayu di Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan semakan semula sesuatu kes berkenaan.


Jika kes terlalu rumit dan memerlukan bantuan profesional perundangan, anda boleh mendapatkan bantuan berkenaan dari mana-mana peguam atau firma berkaitan.


Antaranya anda boleh mendapatkan khidmat guaman dari firma ASCOLAW di sini. 




PERTIKAIAN… Pergaduhan dan pertikaian boleh berlaku jika pertukaran nama hakmilik di atas geran tanah tidak diuruskan secara betul. (Imej janaan AI)

Tukar Nama Geran Tanah: Tips Penyelesaian 

Penyelesaian isu atau masalah tukar nama geran tanah sering kali bergantung kepada pendekatan perundangan yang betul. 


Undang-undang memainkan peranan penting dalam menetapkan prosedur serta keperluan berkaitan dengan proses tukar nama geran tanah serta menyediakan landasan untuk menyelesaikan pertikaian yang mungkin timbul.


Satu daripada penyelesaian perundangan utama adalah dengan memahami peranan undang-undang dalam proses tukar nama geran tanah. 


Ini termasuklah memahami undang-undang sedia ada serta undang-undang tempatan yang berkaitan dengan pengurusan hartanah.


Pematuhan kepada prosedur tukar nama geran tanah yang ditetapkan dalam undang-undang juga penting. Ini termasuklah mengenal pasti dokumen-dokumen yang diperlukan dan melaksanakan langkah-langkah berkaitan bagi memastikan proses tukar nama geran tanah berjalan lancar. 


Dengan mematuhi semua prosedur yang ditetapkan, pemilik tanah dapat mengurangkan risiko menghadapi isu rumit atau kelewatan dalam proses tukar nama geran tanah.


Selain itu, ambil teladan dan panduan berdasarkan kes serupa terdahulu yang telah diselesaikan menerusi sistem perundangan, juga ambil iktibar daripada pengalaman orang lain dalam menangani isu atau masalah sama.


Dengan memahami dan mengambil langkah-langkah yang disyorkan oleh undang-undang, nescaya pemilik tanah dapat mengurangkan kemungkinan berdepan isu atau masalah tukar nama geran tanah. Proses berkenaan akan berjalan dengan lancar dan berjaya.


Tukar Nama Geran Tanah: Langkah Praktikal

Untuk mengelak atau mengatasi isu atau masalah lazim yang sering timbul dalam proses tukar nama geran tanah, adalah penting mengambil langkah-langkah praktikal yang sesuai dan wajar. 


Langkah-langkah ini tidak hanya membantu mengelakkan isu berkaitan, malah memastikan proses tukar nama geran tanah berjalan secara lancar serta berkesan.


Satu daripada langkah praktikal yang penting adalah dengan mendapatkan bantuan profesional. 


Ini termasuk menggunakan khidmat peguam hartanah berkelayakan dan berpengalaman yang dapat membantu pemilik tanah memahami prosedur secara betul.


Cara ini juga dapat memastikan semua dokumen dan penghantaran permohonan dapat dilaksanakan secara betul dan sempurna.


Antaranya anda boleh mendapatkan khidmat guaman untuk dari firma ASCOLAW di sini. 


Apapun, paling penting adalah semua dokumen berkaitan mestilah dipastikan lengkap serta sempurna 


Antara dokumen berkenaan adalah sijil lahir, surat nikah, wasiat dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan pemilikan tanah. 


Pemilik tanah atau waris juga perlu memastikan cukai tanah dan cukai lain bagi hartanah berkenaan dibayar mengikut masa yang tepat serta tiada sebarang tunggakan.


Dengan mengambil langkah-langkah praktikal ini, pemilik tanah atau waris dapat mengurangkan kemungkinan menghadapi pelbagai isu atau masalah lazim dalam proses tukar nama geran tanah, sebaliknya proses itu akan berjalan lancar dan berjaya. 




Comments


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page