Senarai Panel Peguam Berdaftar LPPSA Johor Bahru, Johor (Loan atau Pinjaman Kerajaan)
- Akmal Saufi MK

- 14 Dis 2021
- 2 min membaca

Panel Peguam Berdaftar LPPSA di Johor Bahru perlu melaksanakan tugas sebagai pemegang taruh. Ini bermaksud Panel Peguam Berdaftar LPPSA akan menjadi institusi yang akan memegang aset atau dokumen penting sehinggalah sesuatu terma perjanjian antara LPPSA dan pelanggan LPPSA tercapai. Dalam soal menjalankan tugas pemegang taruh berkaitan wang, Panel Peguam LPPSA akan menyimpan wang tersebut dalam sebuah ‘Client Account’ yang diselia mengikut mengikut Akta Profession Undang-undang dan Peraturan Akaun Peguam.
Kos Yuran Melantik Dan Bayaran Panel Peguam Berdaftar LPPSA
Peguam LPPSA wajib mengikut skala fi guaman yang ditetapkan oleh undang-undang secara spesifik Akta Profession Undang-undang 1976 di bawah Perintah Saraan Peguamcara di dalam Jadual 3. Pengiraan kos dan fi adalah berdasarkan jadual yang tertera. Walau bagaimanapun ia tidak termasuk sebarang kos disbursemen dan cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan pihak pihak ketiga untuk melengkapkan transaksi ini.
TIPS Pinjaman LPPSA : Yuran Guaman Boleh Dimasukkan Ke Dalam Pinjaman LPPSA.
Adakah LPPSA akan menanggung kos Peguam Panel Berdaftar?
Pihak Lembaga akan menanggung kos perkhidmatan peguam berdaftar LPPSA dalam soal penyediaan dokumen perjanjian berkaitan pembiayaan. LPPSA walau bagaimanapun tidak menanggung sebarang kos perkhidmatan peguam dalam soal;
Yuran urusan jual beli
Kos pindah milik
Pendaftaran kaveat
Fi setem duti
Sebarang Akuan Bersumpah
Apa yang perlu dilakukan jika pelanggan ingin memohon pembayaran kos Panel Peguam dari LPPSA?
Pelanggan boleh mendapatkan sebutharga daripada panel peguam yang dipilih. Sebut harga tersebut kemudiannya boleh disertakan sebagai kos yuran yang akan dikepilkan bersama permohonan pembiayaan LPPSA.
Dapatkan Sebut Harga Lawyer atau Peguam Panel Loan LPPSA Lengkap Dan Mengikut Format LPPSA
Oleh sebab ia akan menjadi sebahagian daripada jumlah pembiayaan anda, LPPSA mewajibkan anda menyertakan sebutharga daripada panel peguam LPPSA mengikut format keperluan LPPSA. Seseorang peguam yang telah diterima sebagai peguam panel LPPSA telah melalui proses saringan dan latihan untuk memastikan dokumentasi yang akan disediakan kelak mengikut format yand diperlukan. Ini penting agar tiada sebarang kelewatan akan berlaku dari segi pemprosesan dokumentasi pembiayaan anda kelak.
Jenis-jenis Hartanah Pinjaman "Loan" Kerajaan LPPSA
Transaksi Jual Beli Tanah
Transaksi Jual Beli Rumah Baru dari Pemaju atau Developer
Transaksi Jual Beli Rumah Subsale
Transaksi Jual Beli Rumah Second hand
Transaksi Jual Beli Rumah Pertama
Peguam Panel LPPSA yang dipercayai dan berpengalaman
Kami ambil perhatian untuk transaksi anda
Sebagai peguam berdaftar LPPSA kami mengambil berat dan teliti dalam memberi penyelesaian transaksi pembiayaan LPPSA anda.
Setiap transaksi dilindungi
Indemniti insurans professional yang kami langgan memastikan anda dilindungi dari sebarang kerugian akibat kecuaian professional.
Tiada caj tersembunyi & telus
Caj guaman kami adalah mengikut piawaian undang-undang yang telah ditetapkan. Pada masa sama fi tersebut akan termasuk dalam jumlah pinjaman anda dari LPPSA. Oleh itu anda tidak perlu keluar kos awalan.
Antara Panel Peguam Terawal LPPSA
Firma Guaman ASCO Law merupakan panel peguam LPPSA yang terawal bersama LPPSA ketika ia ditubuhkan pada tahun 2016. Oleh itu dengan pengalaman ini, kami memahami LPPSA dan berupaya memastikan proses transaksi anda lancar dan teratur.
Mencari Senarai Panel Peguam Berdaftar LPPSA di Johor Bahru, Johor.
Pelanggan LPPSA boleh memilih dan melantik dari senarai peguam berdaftar LPPSA di sini.
Khidmat Peguam Panel LPPSA Johor Bahru, Johor
Menyediakan Perjanjian Pembiayaan LPPSA Menyediakan dokumentasi pembiayaan dan pinjaman LPPSA. Penyempurnaan Gadaian Pinjaman LPPSA
Bagi rumah dan tanah yang telah dikeluarkan geran ke atas nama pemimjam.
Peguam Pengurusan Pinjaman LPPSA
Mengurus permohonan pinjaman LPPSA bagi penjawat awam Pinjaman LPPSA Penjawat Awam
Mengurus pinjaman dan dokumentasi LPPSA bagi penjawat awam
Pengurusan Pembiayaan Semula LPPSA
Mengurus permohonan 'Refinancing' LPPSA






Komen