top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Senarai Dokumen Wajib Bagi Pinjaman LPPSA Untuk Pembiayaan Rumah Telah Siap




Antara langkah penting yang perlu anda lakukan sebagai penjawat awam sebelum memulakan proses permohonan pinjaman LPPSA untuk beli rumah telah siap adalah menyediakan dokumen wajib. Jika ia tidak disediakan maka LPPSA tidak akan memproses permohonan anda.


Apakah dokumen yang LPPSA perlukan untuk membolehkan mereka memproses permohonon pembiayaan LPPSA anda?


Berikut merupakan dokumen yang diperlukan;


1. Salian Perjanjian Jual Beli (SPA)/ Draf SPA/ Sale Proformal Tawaran Untuk

Membeli (OTP).


Ini boleh disediakan oleh peguam yang anda lantik dalam urusan transaksi pembelian rumah anda.


2. Salinan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).


Nota: Sekiranya pembelian rumah siap dari pemaju/ kontraktor.


3. Surat Perintah Mahkamah/ Pejabat Tanah yang membenarkan pemegang amanah

menjual harta si mati.


Nota: Sekiranya 'Pemilik Hartanah' telah meninggal dunia.


4. Salian penyata baki hutang penjual yang mash berkuat kuasa semasa

permohonan dikemukakan.


Nota: Sekiranya hartanah yang dibeli masih mempunyai baki pembiayaan dengan institusi

pembiayaan.


5. Salian surat perintah mahkamah yang melantik Pelikudasi bagi pemaju perumahan yang diisytiharkan bankrap berserta Notice Of Appointment And Situation Of Office Or Liquidator (Form 70) dan Notice Of Change In Situation Of Office Of Liquidator (Form 73).


Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada Pelikudasi yang dilantik oleh mahkamah.


ATAU


Notice Of Resolution (Form 11) berserta Notice Of Appointment And Situation Of

Office Of Liquidator (Form 72).


Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada pemaju perumahan yang digulungkan melalui

Annual General Meeting (AGM).


6. Salian Kontrak atau Memorandum Jualan daripada Mahkamah atau Pejabat

Tanah atau Surat Pengesahan daripada Pentadbir Tana yang mengesahkan

pemohon/ pemohon bersama berjaya dalam lelongan.


Nota: Ini adalah sekiranya pembelian ini melibatkan hartanah ini dibeli secara lelong.


Anda Perlu Bantuan Bagi Proses LPPSA?


Jika anda ingin memohon pinjaman LPPSA dan memerlukan bantuan serta peguam dalam penyediaan dokumen di atas, peguam ASCO Law sedia membantu. Tekan link ini untuk menghubungi peguam kami.

Siaran Berkaitan

Lihat Semua

Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page