Berapa lamakah proses transaksi urusan beli rumah?
- Akmal Saufi MK

- Apr 20, 2022
- 1 min membaca

Anda sudah pun kenal pasti rumah yang anda ingin beli.
Duit sudah dikumpulkan untuk memulakan transaksi.
Peguam hartanah setelah semak geran tanah menasihati bahawa tiada masalah jika ingin meneruskan transaksi.
Anda rasa teruja dan tidak sabar untuk memiliki rumah baru.
Kini anda ingin tahu berapa cepat transaksi beli rumah ini boleh diselesaikan. Ada yang kata setahun. Ada yang kata enam bulan.
Tetapi berapa lamakah sebenarnya proses ini akan mengambil masa untuk menjadikan anda sebagai pemilik yang sah kepada rumah tersebut?
Di bawah kami memberikan gambaran masa berdasarkan pengalaman kami dalam menyelesaikan transaksi beli rumah sebagai peguam hartanah.
Tempoh ini dikira dari tarikh perjanjian ditandatangi dengan lengkap oleh pihak penjual dan pihak pembeli.
Kadang-kala tarikh bermula dari tarikh surat tawaran pinjaman dari bank dikeluarkan.
Jadual di atas adalah tidak mengambil kira jika berlakunya keadaan seperti penutupan pejabat kerajaan, kehilangan dokumen dan perkara-perkara lain diluar jangka.
Oleh kerana masa yang diperlukan bagi setiap proses dan prosedur adalah lama, adalah sangat penting anda melantik peguam hartanah yang bertauliah dan berpengalaman agar proses perlaksanaan transaksi teratur, lengkap dan mengikut prosedur yang tepat.
Ini mengelakkan sebarang kecuaian yang mengakibatkan kelewatan.
Apatah lagi kerugian dalam transaksi beli rumah.




Komen