Apakah Refinance Rumah?
Mengapa Memilih Refinance Rumah?
Kadar Faedah Lebih Rendah
Pengurangan Bayaran Bulanan
Memendekkan Tempoh Pinjaman
Pengeluaran Tunai (Cash-Out)
Menggabungkan Hutang
Proses Refinance Rumah
Penilaian Hartanah
Pemilihan Bank dan Pakej Pinjaman
Permohonan Pinjaman dan Kelulusan
Tandatangan Perjanjian dan Pemindahan Pinjaman
Pembayaran Bulanan Baharu
Manfaat dan Risiko Refinance Rumah
Manfaat
Risiko
Refinance rumah atau pembiayaan semula rumah adalah langkah yang sering dipertimbangkan oleh pemilik mana-mana hartanah untuk mengoptimumkan kewangan mereka.
Langkah ini akan membabitkan perubahan pinjaman rumah sedia ada kepada pinjaman baharu. Ini lazimnya jika pinjaman baharu ada menawarkan syarat lebih baik.
Ya. dalam banyak keadaan, refinance rumah dapat memberikan pelbagai manfaat. Namun, ini juga memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai proses refinance rumah dan dan kesan jangka panjang.
Dalam artikel ini, kita akan melihat apa yang anda patut tahu sebelum membuat keputusan refinance rumah sesebuah rumah kediaman.
Apakah Refinance Rumah?
Apakah maksud refinance rumah? Refinance rumah adalah proses membabitkan pemilik rumah menukar pinjaman perumahan sedia ada dengan pinjaman baharu.
Seperti disebutkan di atas, tujuannya termasuklah bagi mendapatkan syarat pinjaman yang lebih baik. Ini termausklah dari segi kadar faedah lebih rendah dan tempoh pinjaman lebih pendek.
Tujuan lebih utama lazimnya adalah bagi menndapatkan nilai tunai berdasarkan nilai semasa sesebuah rumah.
Tidak dinaikkan refinance rumah adalah antara cara dan pilihan ramai bagi menguruskan hutang sedia ada secara lebih cekap atau mengurangkan beban kewangan bulanan sedia ada.
Mengapa Memilih Refinance Rumah?
Lazimnya ada banyak sebab seseorang mengambil keputusan untuk refinance rumah. Walaupun ada keburukan refinance rumah, umum lebih percaya refinance rumah banyak manfaat dan kebaikan.
Di bawah adalah antara sebab mengapa pemilik rumah mungkin memilih untuk refinance rumah.
Kadar Faedah Lebih Rendah
Jika kadar faedah pasaran telah turun sejak anda mengambil pinjaman asal, refinance dapat membantu mendapatkan kadar faedah lebih rendah serta mengurangkan jumlah bayaran faedah yang perlu dibayar sepanjang tempoh pinjaman.
Pengurangan Bayaran Bulanan
Faktor lain yang mendorong kepada refinance rumah adalah kadar faedah yang lebih rendah atau dengan cara melanjutkan tempoh pinjaman, bayaran bulanan dapat dikurangkan.
Ini menjadikan seseorang peminjam lebih mudah untuk menguruskan perbelanjaan harian serta pelbagai komitmen bulanan yang lain.
Untuk memahami ini, seseorang sangat perlu tahu cara refinance rumah.
Memendekkan Tempoh Pinjaman
Sebaliknya, sebab ialah kerana anda mungkin memilih untuk memendekkan tempoh pinjaman. Ini supaya pinjaman rumah anda dapat dilunaskan secara total dengan lebih cepat.
Ia mungkin meningkatkan amaun bayaran bulanan, tetapi mengurangkan jumlah faedah yang perlu dibayar sepanjang tempoh pinjaman berkenaan.
Pengeluaran Tunai (Cash-Out)
Jika nilai rumah anda telah meningkat mengikut pasaran semasa, anda mungkin boleh refinance hartanah itu untuk mendapatkan tunai tambahan berdasarkan nilai berkenaan.
Nilai tunai ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuklah ubahsuai rumah, pendidikan anak-anak, membuat pelaburan dan sebagainya.
Menggabungkan Hutang
Tujuan lain refinance rumah adalah untuk menggabungkan hutang lain sedia ada seperti hutang kad kredit atau pinjaman peribadi ke dalam satu bayaran bulanan yang lebih mudah diurus.
Ini lazimnya lebih memudahkan pengurusan hutang walaupun ia tidak semestinya merendahkan terlalu banyak amaun bayaran balik bulanan.
Proses Refinance Rumah
Dalam topik refinance rumah, ini antara bahagian yang penting. Memahami proses refinance rumah adalah mustahak untuk memastikan anda bersedia pada setiap langkah terbabit.
Info di bawah adalah antara gambaran umum mengenai bagaimana proses refinance rumah sepatutnya berlaku.
Seseorang yang mahu refinance rumah sangat perlu untuk tahu cara bagaimana nak refinance rumah; antaranya seperti maklumat di bawah.
Penilaian Hartanah
Langkah pertama dalam refinance rumah adalah membuat penilaian terhadap nilai semasa hartanah terbabit.
Penilaian ini akan menentukan berapa banyak pinjaman baharu yang anda layak terima dari institusi kewangan.
Bank lazimnya akan melantik penilai hartanah untuk menjalankan penilaian. Dan, hasil penilaian terbabit akan mempengaruhi keputusan pada usaha dan amaun refinance rumah anda.
Pemilihan Bank dan Pakej Pinjaman
Setelah anda memahami nilai rumah anda, langkah seterusnya adalah memilih bank dan pakej pinjaman yang sesuai.
Anda sepatutnya mempunyai info lengkap dan terkini mengenai bank terbaik untuk refinance rumah.
Di Malaysia, banyak bank menawarkan pakej refinance rumah yang kompetitif. Antara bank yang popular termasuklah;
Malayan Banking Berhad (Maybank)
Maybank menawarkan pelbagai pakej refinance rumah yang bagus, termasuk pakej dengan kadar faedah tetap dan terapung.
CIMB Bank Berhad (CIMB Bank)
CIMB Bank menawarkan pakej refinance dengan fleksibiliti tempoh pinjaman dan kadar faedah menarik.
Public Bank Berhad (Public Bank)
Public Bank dikenali dengan pakej refinance yang mesra pelanggan dengan proses permohonan yang mudah.
RHB Bank Berhad (RHB Bank)
RHB Bank pula menawarkan pakej refinance dengan pelbagai pilihan tempoh dan kadar faedah yan sesuai untuk pelbagai keperluan kewangan.
Hong Leong Bank Berhad (Hong Leong Bank)
Hong Leong Bank menyediakan pakej refinance yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan dengan pilihan tempoh bayaran balik yang fleksibel.
Anda dapat semak perincian pakej dengan melawat laman web bank-bank berkenaan atau menghubungi setiap bank berkenaan untuk mendapatkan perincian pakej refinance yang ditawarkan.
Permohonan Pinjaman dan Kelulusan
Setelah memilih bank dan pakej yang sesuai, anda perlu mengemukakan permohonan baharu sementara pakej pinjaman berkenaan masih ditawarkan.
Ini tentu membabitkan penyediaan dokumen yang diperlukan seperti salinan geran rumah, penyata pendapatan dan penyata bank.
Bank kemudian akan menilai permohonan anda dan memutuskan sama ada meluluskan pinjaman berkenaan atau sebaliknya.
Tandatangan Perjanjian dan Pemindahan Pinjaman
Jika pinjaman anda diluluskan, bank akan mengeluarkan surat tawaran pinjaman yang perlu ditandatangani.
Apa akan jadi dengan baki pinjaman lama atau pinjaman sedia ada? Bank akan melunaskan baki pinjaman lama anda, kemudian memindahkan baki pinjaman kepada pinjaman baharu.
Proses ini biasanya turut membabitkan peguam untuk dokumentasi dan perjanjian.
Pembayaran Bulanan Baharu
Setelah semua urusan selesai, anda akan memulakan pembayaran bulanan baharu mengikut syarat yang telah dipersetujui.
Penting untuk memastikan bayaran bulanan dibuat tepat pada masanya. Ini bagi mengelak penalti atau rekod pembayaran balik pinjaman kewangan menjadi buruk pasa masa depan.
Manfaat dan Risiko Refinance Rumah
Dari satu segi, refinance rumah dapat memberikan pelbagai manfaat. Namun ia juga boleh mendatangkan dengan risiko tertentu.
Manfaat
Kurang faedah (interest) - Refinance menjadikan kadar faedah lebih rendah, sekali gus mengurangkan kos keseluruhan pinjaman.
Bayaran bulanan lebih rendah - Bayaran bulanan yang lebih rendah sudah tentu mengurangkan tekanan kewangan.
Tunai tambahan - Refinance juga membolehkan seseorang memperolehi tunai tambahan untuk pelbagai keperluan dan kegunaan lain.
Mempercepatkan pembayaran - Memendekkan tempoh pinjaman dan melunaskan hutang sedia ada secara lebih cepat.
Risiko
Kos refinance tinggi - Refinance lazimnya akan membabitkan kos tertentu, termasuk yuran pemprosesan, yuran guaman dan duti setem.
Tempoh pinjaman lebih panjang - Apabila tempoh pinjaman menjadi lebih panjang, bermakna amaun membayar balik juga mungkin lebih tinggi dari segi faedah dan kos berkaitan.
Risiko kadar terapung (floating rate) - Jika memilih kadar faedah terapung, bayaran bulanan mungkin meningkat apabila kadar faedah pasaran naik.
Daripada semua info di atas, dapatlah difahami bahawa refinance rumah adalah satu alat kewangan yang dapat membantu mencapai pelbagai matlamat kewangan.
Ini sama ada untuk mengurangkan bayaran bulanan, memendekkan tempoh pinjaman atau mendapatkan tunai tambahan.
Namun, untuk melakukan refinance rumah, ia memerlukan pertimbangan teliti mengenai pelbagai perkara, termasuk kos, risiko dan keperluan kewangan.
Ini bermakna, sebelum membuat keputusan, pastikan anda memahami hampir semua perkara mengenai refinance rumah serta memilih bank yang menawarkan pakej serta syarat terbaik yang mampu memenuhi keperluan anda.
Dengan persediaan yang baik, refinance rumah dapat menjadi langkah yang bijak untuk membaiki kedudukan kewangan semasa anda.
Comments