top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Mengapa Perlu Menulis Wasiat dan Bagaimana Melakukannya?

Writer's picture: Nur DinNur Din

Apa Itu Wasiat dan Kepentingannya?

Maksud Wasi dan Kepentingannya

Mengapa Wasiat Penting Dalam Islam?

Cara Menulis Wasiat yang Sah dan Teratur

Kenalpasti Harta yang Dimiliki

Lantik Wasi

Tentukan Pembahagian Harta

Dapatkan Khidmat Profesional

Simpan Wasiat Secara Selamat

Melindungi Waris



Menulis wasiat adalah satu langkah penting dalam perancangan harta pusaka yang sering diabaikan oleh ramai daripada kita. 


Wasiat adalah dokumen rasmi yang menyatakan hasrat seseorang mengenai bagaimana harta bendanya perlu dibahagikan selepas kematiannya. 


Dalam konteks Islam, penulisan wasiat juga satu tuntutan untuk memastikan hak waris dijaga dan harta diagihkan mengikut syariat.



WASIAT... Ia dokumen penting untuk menetapkan pembahagian harta kepada ahli keluarga atau pihak tertentu. 



Apa Itu Wasiat dan Kepentingannya?

Secara ringkas, wasiat adalah dokumen yang ditulis untuk menetapkan pembahagian harta atau pesanan tertentu kepada ahli keluarga atau pihak tertentu. 


Wasiat dalam Islam mengikut panduan syarak yang memastikan pembahagian harta dilakukan mengikut hukum faraid serta mengambil kira kebajikan ahli keluarga dan waris yang memerlukan.


Antara sebab utama mengapa menulis wasiat penting adalah untuk mengelakkan pertikaian dalam keluarga, terutama apabila membabitkan pembahagian harta yang besar. 


Wasiat membantu dalam mengelakkan salah faham dan perebutan harta yang boleh mencetuskan konflik di kalangan ahli keluarga. 


Dengan adanya wasiat, setiap waris jelas mengenai hak masing-masing dan pesanan terakhir si mati dihormati.


Maksud Wasi dan Kepentingannya

Dalam konteks wasiat, seseorang perlu melantik seorang wasi. Maksud wasi ialah orang yang diberi amanah untuk melaksanakan kehendak dan arahan dalam surat wasiat berkenaan. 


Wasi ini boleh terdiri daripada ahli keluarga, rakan rapat atau pihak ketiga yang profesional seperti peguam atau syarikat amanah.


Tugas wasi amat penting kerana mereka bertanggungjawab memastikan pembahagian harta mengikut arahan yang ditulis dan memenuhi kewajipan tertentu. Ini termasuk menyelesaikan hutang si mati atau menjaga kebajikan waris yang memerlukan. 


Tanpa wasi yang amanah, pelaksanaan wasiat mungkin tertangguh atau tidak terlaksana seperti yang dikehendaki.


Mengapa Wasiat Penting Dalam Islam?

Dalam Islam, wasiat adalah satu tuntutan yang membantu memastikan harta ditinggalkan dengan adil dan tidak membebankan waris. 


Rasulullah saw sendiri menggalakkan umat Islam menulis wasiat sebelum ajal. Namun, perlu diingat bahawa wasiat dalam Islam hanya boleh membabitkan satu pertiga daripada harta si mati. Baki harta perlu diagihkan mengikut hukum faraid kepada ahli waris yang layak.


Menulis wasiat juga membantu melindungi hak golongan yang kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim, ibu bapa yang sudah uzur atau pasangan yang bergantung pada pendapatan si mati. 


Wasiat boleh mengarahkan sejumlah harta diberikan kepada mereka yang tidak layak menerima harta menurut hukum faraid, tetapi mempunyai keperluan yang jelas.


Cara Menulis Wasiat yang Sah dan Teratur


Kenalpasti Harta yang Dimiliki

Pertama, kenalpasti semua harta yang anda miliki, termasuk rumah, tanah, akaun bank, pelaburan dan harta mudah alih seperti kenderaan atau perniagaan. 


Senarai ini akan membantu dalam menentukan agihan yang seimbang.


Lantik Wasi

Pilih individu yang amanah dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai wasi. Wasi perlu memahami kehendak dalam wasiat dan memiliki kapasiti untuk melaksanakannya dengan adil.


Tentukan Pembahagian Harta

Tentukan bagaimana harta akan diagihkan. Ini termasuk menentukan jika ada bahagian yang perlu diberikan kepada individu bukan waris seperti rakan atau badan kebajikan. 


Pastikan arahan adalah jelas dan memenuhi syarat Islam.


Dapatkan Khidmat Profesional

Menulis wasiat adalah sesuatu yang teknikal. Sebaiknya lakukan dengan bantuan peguam atau badan amanah untuk memastikan ia sah serta mengikut undang-undang. 


Khidmat profesional boleh memastikan wasiat ditulis dengan teratur dan dapat mengurangkan risiko konflik pada masa hadapan.


Untuk khidmat peguam, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat berkenaan dari firma ASCOLAW di sini


Untuk maklumat lanjut mengenai topik ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain di sini



Simpan Wasiat Secara Selamat

Wasiat yang ditulis perlu disimpan di tempat yang selamat atau didaftarkan dengan pihak tertentu seperti syarikat amanah


Dan, wasi perlu dimaklumkan mengenai keberadaan wasiat berkenaan untuk memudahkan akses apabila diperlukan.


Melindungi Waris

Menulis wasiat bukan hanya langkah bijak, malah satu tanggungjawab. 


Wasiat melindungi hak waris dan menjaga amanah si mati serta memastikan segala yang ditinggalkan tidak mendatangkan masalah kepada ahli keluarga. 


Dalam Islam, wasiat sangat menekankan keadilan serta kebajikan kepada semua waris dan mereka yang memerlukan. 


Mulakan langkah awal dengan menulis wasiat anda demi kesejahteraan keluarga dan masa depan yang lebih terjamin.


Untuk khidmat peguam, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat berkenaan dari firma ASCOLAW di sini


Untuk maklumat lanjut mengenai topik ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain di sini










Komen


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page