top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Writer's pictureNur Din

LPPSA Tidak Semesti Mudah: Ini Tip Penting Menangani Isu dan Masalah Lazim LPPSA

Updated: 28 Jun


Kandungan

LPPSA: Mari lebih kenal

LPPSA: Antara masalah dan isu lazim

Tempoh menunggu

Lebihan permohonan pada satu-satu masa

Pendedahan maklumat

LPPSA: Tips Mengatasi Masalah dan Isu Lazim

Persediaan kewangan

Persediaan dokumen

Pastikan penuhi syarat kelayakan

Fahami tanggungjawab bayar balik



Memohon pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) lazimnya mudah dan tidak perlu berdepan dengan terlalu banyak masalah. Ini terutama jika urusan itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak peguam.


Namun, LPPSA tidak semestinya mudah pada sebarang masa, sebarang kes dan sebarang keadaan. 


Masalah dan isu lazim LPPSA seperti kelewatan proses kelulusan, lebihan jumlah permohonan LPPSA pada satu-satu masa, ketidakpatuhan syarat pinjaman dan cabaran ekonomi semasa, lazimnya tidak timbul secara serta-merta. 




SANGAT MENGGEMBIRAKAN… Saat memiliki rumah sendiri, termasuklah menerusi pembiayaan LPPSA adalah detik idaman mana-mana kakitangan awam. (Imej janaan AI).


Sebaliknya, jika ada beberapa faktor tertentu yang boleh menyumbang kepada berlakunya masalah dan isu lazim LPPSA ini, pemohon tidak dapat tidak perlu menangani secara cermat dan sabar.


Artikel ini bukan sahaja bertujuan mendedahkan fakta bahawa LPPSA mungkin tidak semestinya mudah pada semua masa dan keadaan serta menghidangkan solusi tertentu untuk diambil.


Mari kita teruskan. Percayalah, bacaan ini menarik kerana ia menjanjikan info berguna untuk anda, terutama kakitangan kerajaan sama ada untuk pemohon sedia ada atau pemohon baharu.


LPPSA: Mari lebih kenal

Sebagaimana kita sedia tahu bahawa LPPSA adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Badan ini menyediakan kemudahan pinjaman perumahan berfaedah rendah untuk penjawat awam di Malaysia. 


Walaupun prosedur permohonan diketahui tidak terlalu rumit, terutama jika diserahkan sepenuhnya kepada pihak peguam, sesetengah pemohon pinjaman LPPSA mungkin berdepan dengan beberapa masalah dan isu lazim sepanjang proses permohonan dan pembayaran balik. 


Dan, jika anda memang bercadang menyerahkan urusan membabitkan permohonan pinjaman LPPSA ini kepada peguam, anda boleh hubungi peguam berpengalaman yang berdaftar dengan LPPSA di sini.


Anda juga boleh baca mengenai khidmat peguam berpengalaman dalam pinjaman perumahan LPPSA ini di sini dan di sini.


LPPSA: Antara masalah dan isu lazim


Tempoh menunggu

Antara masalah dan isu lazim LPPSA adalah tempoh masa memproses permohonan yang mungkin mengambil masa agak lama. 


Bagi pemohon yang mempunyai had masa tertentu, terutama bagi rumah yang ditawarkan pada jangka masa singkat, kelewatan ini boleh menyebabkan peluang untuk mendapatkan rumah impian, terlepas.



TUNGGU… Tempoh menunggu kelulusan mana-mana permohonan pinjaman, termasuklah LPPSA memerlukan kesabaran. (Imej janaan AI)

Lebihan permohonan pada satu-satu masa

Selain itu, sesetengah pemohon turut berhadapan isu lebihan permohonan berbanding pinjaman yang boleh diluluskan oleh LPPSA pada satu-satu masa. 


Ini menyebabkan sesetengah pemohon perlu menunggu giliran atau mencari sumber pembiayaan alternatif, jika mahu, termasuklah menerusi bank komersil sedia ada.


Pendedahan maklumat

Selain itu, sesetengah pemohon menghadapi masalah LPPSA dalam mendapatkan maklumat dan pendedahan yang mencukupi mengenai syarat kelayakan, proses permohonan dan terma-terma pinjaman yang ditetapkan lembaga ini. 


Kekurangan pendedahan ini boleh menyebabkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan pemohon LPPSA.


LPPSA: Tips Mengatasi Masalah dan Isu Lazim 

Beberapa masalah dan isu seperti di atas mungkin merenyahkan bagi sesetengah pemohon pinjaman perumahan LPPSA.


Pun begitu, ada beberapa tips yang boleh diamalkan pemohon bagi mengatasi masalah dan isu lazim LPPSA ini secara lebih berhemah dan lebih berkesan.


Persediaan kewangan

Pertama, pemohon perlu membuat persediaan awal sebelum memohon pinjaman LPPSA. 


Perancangan kewangan yang rapi perlu dilakukan untuk memastikan kemampuan membuat bayaran balik bulanan mengikut jadual yang ditetapkan. 



STATUS KEWANGAN… Anda perlu tahu status kewangan anda sendiri sebelum memohon mana-mana pinjaman perumahan, termasuklah LPPSA. (Imej janaan AI)

Persediaan dokumen

Pemohon juga sepatutnya mengumpul semua dokumen perlu seperti penyata gaji, penyata bank dan lain-lain.


Ini supaya permohonan dapat diproses secara lancar tanpa menyebabkan pemohon LPPSA perlu menunggu lama yang merimaskan.


Pastikan penuhi syarat kelayakan

Pemohon juga sepatutnya mematuhi sepenuhnya syarat dan prosedur permohonan yang telah ditetapkan LPPSA. 


Anda dapat baca lanjut mengenai panduan permohonan di laman web LPPSA di sini.


Kegagalan memenuhi syarat boleh menyebabkan permohonan ditolak atau dilewatkan proses pertimbangan kelulusan.


Fahami tanggungjawab bayar balik

Ini sangat penting. Pemohon perlu memahami sepenuhnya keperluan dan tanggungjawab sebagai peminjam LPPSA. 


Ini termasuklah tanggungjawab membuat pembayaran balik bulanan tepat pada masa atau mengikut jadual yang sudah ditetapkan.


Dengan mengamalkan tips dan panduan di atas, pemohon pinjaman perumahan ini dapat mengatasi pelbagai masalah dan isu lazim LPPSA yang mungkin dihadapi.


Menerusi pendekatan proaktif, disiplin kewangan serta pemahaman yang jelas, niat memiliki rumah impian menerusi kemudahan pembiayaan LPPSA, dapat dicapai secara lebih mudah dan cepat.


Jika anda tidak mahu rasa terbeban atau anda memang tidak mempunyai banyak masa untuk ini, anda boleh serahkan urusan permohonan pinjaman ini kepada peguam.


Anda boleh hubungi peguam berpengalaman yang berdaftar dengan LPPSA di sini.


Anda juga boleh baca mengenai khidmat peguam berpengalaman dalam pinjaman LPPSA ini di sini dan di sini.






Comments


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page