Jenis Pembiayaan Yang Disediakan Oleh LPPSA (Loan Kerajaan) Pada Tahun 2022
- Akmal Saufi Mohamed Khaled
- 3 Mac 2022
- 1 min membaca

Sewaktu anda mengisi permohonan pembiayaan LPPSA, anda dikehendaki untuk memilih jenis pembiayaan di dalam bahagian maklumat awal pembiayaan (hartanah). Berikut merupakan tujuh jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada pemohon:-
Jenis 1: Pembelian rumah kediaman yang telah siap
Jenis 2: Membina rumah di atas tanah sendiri
Jenis 3: Pembelian rumah kediaman yang sedang dibina
Jenis 4: Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
Jenis 5: Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan dengan bank atau institusi kewangan
Jenis 6: Membina rumah kediaman di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) / LPPSA
Jenis 7: Membuat kerja ubah suai rumah atau petak rumah kediaman
Setiap jenis pembiayaan ini mempunyai syarat yang tersendiri dan berbeza mengikut kategori masing-masing walaupun di bawah satu pembiayaan yang sama.
Comments