top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Writer's pictureNur Din

Ini 10 lokasi hartanah utama di Johor yang anda patut pilih 2024  


Kandungan  

Hartanah utama Johor: Perkembangan terkini

Ini 10 Lokasi Hartanah Utama di Johor

Lokasi 1: Iskandar Puteri

Lokasi 2: Johor Bahru

Lokasi 3: Tebrau

Lokasi 4: Skudai

Lokasi 5: Muar

Lokasi 6: Batu Pahat

Lokasi 7: Pasir Gudang

Lokasi 8: Masai

Lokasi 9: Ulu Tiram

Lokasi 10: Kulai



Hartanah utama Johor: Perkembangan terkini

Johor terus menunjukkan pertumbuhan pesat dalam sektor hartanah pada 2024. Antara faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan ini adalah projek pembangunan mega.


Pembangunan ini menarik pelabur tempatan dan asing, sekali gus meningkatkan permintaan untuk hartanah komersial dan kediaman.


Selain itu, infrastruktur yang semakin baik seperti peningkatan jaringan pengangkutan dan kemudahan awam turut menyokong pertumbuhan ini. 


Kejiranan baharu yang moden dan lengkap dengan fasiliti terkini turut menarik minat pembeli rumah pertama dan pelabur hartanah.






Ini 10 Lokasi Hartanah Utama di Johor

Berikut adalah antara 10 lokasi hartanah utama di Johor yang anda patut pertimbangkan sebagai kediaman keluarga dan pelaburan.


Lokasi 1: Iskandar Puteri

Kini Iskandar Puteri menjadi tumpuan pelaburan domestik dan antarabangsa kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan moden seperti pusat komersial, taman tema, universiti dan hospital bertaraf dunia.


Projek pembangunan seperti Medini City dan Educity menambah tarikan kawasan ini, menjadikannya hab pendidikan dan perniagaan yang pesat berkembang. 


Lokasi 2: Johor Bahru

Pada tahun 2024, pasaran hartanah di Johor Bahru menunjukkan pertumbuhan yang mengagumkan. 


Projek infrastruktur utama seperti Rapid Transit System (RTS) Link dan pembangunan berterusan terus menarik minat pelabur dengan permintaan yang semakin meningkat untuk kediaman biasa dan komersial juga.


Lokasi 3: Tebrau

Tebrau kekal menjadi antara lokasi tumpuan dalam pasaran hartanah di Johor. Pembangunan pesat dan infrastruktur moden menjadikan Tebrau pilihan menarik bagi pembeli rumah dan pelabur. 


Kawasan ini menawarkan pelbagai pilihan kediaman, termasuk kondominium, rumah teres dan rumah bandar yang memenuhi pelbagai keperluan dan bajet.


Lokasi 4: Skudai

Skudai terus berkembang sebagai satu daripada lokasi hartanah yang menarik di Johor. Kawasan ini menawarkan pelbagai jenis kediaman, termasuklah rumah teres, apartmen dan kondominium yang memenuhi pelbagai bajet dan keperluan. 


Kemudahan moden seperti pusat beli-belah, restoran dan taman rekreasi menjadikan Skudai pilihan ideal untuk keluarga dan pelabur. 


Lokasi 5: Muar

Pasaran hartanah di Muar juga mengalami perkembangan pesat. Kawasan ini semakin popular di kalangan pembeli rumah dan pelabur kerana projek pembangunan yang aktif dan peningkatan infrastruktur. 


Antara projek utama adalah pembangunan perumahan baru yang menawarkan pilihan seperti rumah teres, kondominium dan apartmen.





Lokasi 6: Batu Pahat

Batu Pahat juga menunjukkan perkembangan positif dan menjanjikan. Kawasan ini semakin dikenali sebagai destinasi pelaburan yang menarik dengan pelbagai projek perumahan baharu yang sedang dibangunkan, termasuklah jenis rumah teres, kondominium dan apartmen.


Peningkatan infrastruktur seperti jalan raya dan kemudahan awam serta projek pembangunan komersial yang baharu telah turut menyokong kepada pertumbuhan hartanah di Batu Pahat.


Lokasi 7: Pasir Gudang

Pasir Gudang terus mengalami perkembangan pesat dalam sektor hartanah. Kawasan ini menarik minat pelabur dan pembeli rumah dengan pelbagai pilihan hartanah seperti rumah teres, kondominium dan apartmen moden. 


Dengan akses mudah ke pusat bandar Johor Bahru dan Singapura menerusi jalan raya utama, Pasir Gudang menjadi lokasi strategik untuk pelaburan hartanah yang menjanjikan pulangan jangka panjang serta peluang perniagaan yang menguntungkan.


Lokasi 8: Masai

Masai juga terus berkembang. Peningkatan infrastruktur seperti pembinaan jalanraya baharu serta kemudahan awam yang semakin baik menyokong pertumbuhan hartanah di Masai. 


Projek pembangunan seperti pusat membeli-belah dan kawasan komersial baharu turut mencambahkan tarikan kepada kawasan ini sebagai lokasi kediaman dan perniagaan. 


Lokasi 9: Ulu Tiram

Ulu Tiram turut mengalami perkembangan pesat dalam sektor hartanah di Johor. 


Kawasan ini semakin popular di kalangan pembeli rumah dan pelabur kerana pelbagai projek perumahan baru yang menawarkan pilihan seperti rumah teres, kondominium dan apartmen pada harga kompetitif.


Lokasi 10: Kulai

Dengan ada pelbagai pilihan perumahan, termasuk rumah teres, kondominium dan apartmen moden pada harga berpatutan, Kulai turut muncul antara kawasan pilihan bagi pemilkan hartanah di Johor. 


Pembangunan pesat di Kulai membabtkan projek-projek besar seperti pembangunan perumahan baharu dan peningkatan infrastruktur serta kemudahan awam seperti pusat membeli-belah, sekolah dan hospital untuk kualiti hidup penduduk.


Tenyata kedudukan strategik Johor berhampiran Singapura memberikan banyak peluang pelaburan yang menguntungkan dalam sektor hartanah.


Dari kediaman hingga komersial, prospek pertumbuhan yang kukuh dan permintaan yang tinggi di beberapa lokasi seperti di atas menjadikan Johor lokasi pelaburan hartanah yang berpotensi memberi pulangan jangka panjang. 





Kommentare


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page