top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Writer's pictureNur Din

Cara Mengurangkan Risiko Kegagalan Permohonan Pinjaman Perumahan



Pinjaman Perumahan: Tingkatkan Skor Kredit Anda

Pinjaman Perumahan: Nisbah Hutang-Kepada-Pendapatan (DTI)

Pinjaman Perumahan: Deposit Lebih Tinggi

Pinjaman Perumahan: Pilih Harga Realistik

Pinjaman Perumahan: Dokumen Lengkap dan Tepat

Pinjaman Perumahan: Persediaan Rapi



Membeli rumah adalah salah satu pelaburan terbesar dalam hidup seseorang. Walau bagaimanapun, ramai yang menghadapi cabaran apabila permohonan pinjaman perumahan ditolak oleh pihak bank. 


Ini boleh menyebabkan rasa kecewa dan mungkin menunda impian untuk memiliki rumah sendiri. 


Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko kegagalan permohonan pinjaman perumahan.






Pinjaman Perumahan: Tingkatkan Skor Kredit Anda

Skor kredit adlaah satu faktor utama yang dinilai oleh bank ketika anda memohon pinjaman perumahan. 


Skor kredit yang rendah boleh menyebabkan permohonan anda ditolak atau dikenakan kadar faedah lebih tinggi. 


Untuk meningkatkan skor kredit, pastikan anda:


Bayar hutang tepat pada masanya: Elakkan bayaran tertunggak untuk kad kredit, pinjaman peribadi atau apa-apa jenis hutang. Rekod pembayaran yang baik akan meningkatkan keyakinan bank terhadap keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman.


Kurangkan hutang sedia ada: Jika anda mempunyai banyak hutang yang belum diselesaikan, cuba kurangkan sebelum memohon pinjaman perumahan. Ini dapat meningkatkan skor kredit anda. Ini juga dapat menunjukkan kepada bank bahawa anda mempunyai kemampuan kewangan yang lebih stabil.


Pinjaman Perumahan: Nisbah Hutang-Kepada-Pendapatan (DTI)

Bank biasanya mengira Nisbah Hutang-Kepada-Pendapatan (DTI) untuk menentukan kemampuan pemohon dalam membayar balik pinjaman. 


DTI yang tinggi menunjukkan bahawa sebahagian besar pendapatan anda sudah diperuntukkan untuk membayar hutang. Ini boleh memberi kesan negatif kepada permohonan pinjaman anda.


Untuk mengekalkan DTI yang sihat, pastikan anda:


Kurangkan komitmen hutang bulanan: Jika anda mempunyai komitmen bulanan yang tinggi seperti ansuran kereta atau pinjaman peribadi, cuba selesaikan sebahagian daripada hutang terbabit sebelum memohon pinjaman perumahan.


Tingkatkan pendapatan: Jika boleh, mencari pendapatan tambahan menerusi pekerjaan sambilan atau perniagaan sampingan dapat membantu menurunkan nisbah DTI dan meningkatkan peluang kelulusan pinjaman.


Pinjaman Perumahan: Deposit Lebih Tinggi

Satu cara yang berkesan untuk mengurangkan risiko kegagalan permohonan pinjaman adalah dengan menyediakan deposit yang lebih tinggi. 


Biasanya, bank memerlukan sekurang-kurangnya 10 peratus hingga 20 peratus daripada harga rumah sebagai deposit. 


Namun, jika anda boleh menyediakan lebih daripada jumlah minimum yang diperlukan, ini akan meningkatkan keyakinan bank terhadap keupayaan kewangan anda.


Deposit yang lebih tinggi juga membantu mengurangkan jumlah pinjaman yang perlu anda ambil, sekaligus mengurangkan risiko kepada bank. 


Selain itu, anda mungkin mendapat kadar faedah yang lebih baik kerana bank melihat anda sebagai peminjam yang kurang berisiko.


Pinjaman Perumahan: Pilih Harga Realistik

Memohon pinjaman untuk hartanah yang terlalu mahal berbanding pendapatan anda boleh menyebabkan permohonan pinjaman anda ditolak. 


Sebaiknya, pilih hartanah yang berada dalam julat harga munasabah serta sesuai dengan kemampuan kewangan anda. 


Bank akan melihat kemampuan anda untuk membayar balik pinjaman berdasarkan pendapatan dan komitmen bulanan. 


Justeru, pastikan untuk membuat pilihan yang bijak.


Sebelum memilih hartanah, buat anggaran peribadi dan tentukan berapa jumlah yang anda mampu bayar setiap bulan. 


Pastikan bayaran bulanan tidak melebihi 30 peratus hingga 40 peratus daripada pendapatan bersih anda. 


Ini adalah panduan umum yang digunakan oleh bank untuk menilai kemampuan pemohon.


Pinjaman Perumahan: Dokumen Lengkap dan Tepat

Kesalahan dalam dokumen atau kekurangan maklumat boleh menyebabkan kelewatan atau penolakan permohonan pinjaman anda. 


Pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan secara lengkap dan tepat. Antara dokumen yang biasanya diperlukan, termasuklah:


- Slip gaji terkini

- Penyata bank

- Borang EA atau penyata cukai pendapatan


Selain itu, pastikan maklumat dalam permohonan adalah betul dan selaras dengan dokumen yang disertakan. 


Kesilapan kecil seperti nama yang tidak tepat atau jumlah pendapatan yang tidak sepadan boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.


Pinjaman Perumahan: Persediaan Rapi  

Daripada di atas dapatlah difahami bahawa mengurangkan risiko kegagalan permohonan pinjaman perumahan memerlukan persediaan rapi dan strategi kewangan yang bijak. 


Dengan meningkatkan skor kredit, mengurus DTI, menyediakan deposit lebih tinggi, memilih hartanah sesuai dan memastikan dokumen lengkap, anda dapat meningkatkan peluang permohonan pinjaman anda untuk diluluskan pihak bank. 


Semakin baik persiapan anda, semakin tinggi kemungkinan anda akan berjaya memiliki rumah idaman.


ความคิดเห็น


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page