top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Senarai Dokumen Bagi Tujuan Transaksi Jual Beli Rumah Pada Tahun 2022




Bagi memastikan transaksi pembelian hartanah anda lancar, ini adalah dokumen yang perlu anda serta penjual rumah perlu sediakan.


Ini membolehkan peguam anda boleh mengenal pasti proses, kos serta pihak-pihak yang akan terlibat dalam transaksi anda.



Senarai Dokumen oleh Penjual Rumah



No

Dokumen

Penerangan

Sila Tick Jika Ada (✓)

1

Perjanjian Jual Beli atau dokumen pemerolehan hartanah sebelum ini​

Untuk membolehkan maklumat hartanah dikenalpasti.

2

Geran Tanah / Deed of Assignment

Untuk mengenal pasti maklumat penting seperti pemilikan hartanah, sekatan kepentingan, syarat nyata, kegunaan tanah, status gadaian dan lain-lain perkara.

Ini memberi gambaran kepada proses yang perlu dilaksanakan.

Bagi hartanah strata yang belum mempunyai strata, proses transaksi hartanah tanpa geran akan dikenal pasti.

Tanpa dokumen ini, transaksi tidak boleh diteruskan dan dilengkapkan.

3

​Resit cukai tanah terkini

Menilai jika masih ada hutang cukai tanah kepada kerajaan negeri, risiko denda & penyitaan atau rampasan oleh pihak kerajaan negeri.

4

​Resit cukai pintu / cukai taksiran terkini

Menilai risiko denda atau sita oleh pihak berkuasa tempatan.

5

Resit bayaran kepada Badan Pengurusan (Management Corporation/Joint Management Body) (jika pemilikan hartanah anda adalah hartanah strata)

Bagi meneliti status terkini bayaran kepada Badan Pengurusan.

6

Kad Pengenalan Pemilik Hartanah

Bagi memastikan maklumat ada sama seperti di dalam Geran Tanah.

7

Maklumat Nombor Lembaga Hasil Dalam Negeri

Bagi tujuan pendaftaran dan taksiran Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

8

Sijil Kelahiran

(Jika geran tanah adalah Tanah Rizab Melayu)

Bagi membolehkan permohonan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri bagi penjualan aset tanah rizab melayu.


Senarai Dokumen oleh Pembeli Rumah


No

Dokumen

Penerangan

Sila Tick Jika Ada (✓)

1

​Kad Pengenalan Pembeli Hartanah

Bagi memastikan maklumat ada sama seperti di dalam Geran Tanah.

2

Maklumat Nombor Lembaga Hasil Dalam Negeri

Bagi tujuan pendaftaran dan taksiran Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

3

Sijil Kelahiran

(Jika geran tanah adalah Tanah Rizab Melayu)

Bagi membolehkan permohonan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri bagi penjualan aset tanah rizab melayu.






Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page