top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Writer's pictureNur Din

Beli Rumah Antara Keluarga: Ini Info Anda Perlu Tahu 

Updated: 28 Jun


Kandungan

Cara Beli Rumah: Beza di antara Pemberian dan Pembelian

Tip Beli Rumah: Undang-undang Beli Rumah Antara Keluarga

Perjanjian Jual Beli Rumah: Bagaimana Transkasi Sepatutnya?

Cara Tukar Nama Rumah: Ini antara Peranan Peguam


Artikel ini akan memberi fokus kepada cara beli rumah antara keluarga. Pembelian rumah antara keluarga adalah sejenis transaksi yang merujuk kepada jual beli hartanah atau rumah antara sesama anggota keluarga, lazimnya keluarga terdekat.


Ini bermaksud penjual dan pembeli rumah mempunyai pertalian kekeluargaan yang rapat seperti di antara ibubapa dan anak, adik-beradik, saudara-mara dan sebagainya.


Beli rumah antara keluarga lazimnya berlaku apabila keluarga ingin memindah milik sesebuah rumah atau hartanah sesama ahli keluarga pada "harga kasih sayang" atau harga di bawah paras pasaran semasa.


BELI RUMAH… Beli rumah antara keluarga lazimnya berkait dengan faktor tertentu. (Imej janaan AI)

Beli Rumah Antara Keluarga: Faktor Pembelian

Beli rumah antara keluarga biasanya disebabkan beberapa faktor, termasuklah mengelak rumah berkenaan terjual kepada orang luar selain keluarga terdekat.


Bagaimanapun, pembelian atau penjualan rumah kepada keluarga terdekat tetap tertakluk kepada undang-undang dan prosedur sedia ada.


Urusan dokumentasi dan tukar ganti hakmilik tetap perlu dipatuhi seperti biasa. Malah, pembelian rumah antara keluarga turut membabitkan percukaian tertentu.


Beli Rumah Antara Keluarga: Beza di Antara Pemberian dan Pembelian


Apa yang dimasukan oleh artikel ini bukan pemberian rumah kepada keluarga atas dasar kasih sayang.

 

Ada beberapa perbezaan ketara di antara"pemberian" rumah secara kasih sayang kepada ahli keluarga berbanding "pembelian" rumah di antara sesama ahli keluarga.

 

Pemberian rumah secara kasih sayang lazimnya didorong oleh niat membantu atau memberikan manfaat kepada ahli keluarga tanpa mengharapkan imbuhan kewangan.


Pembelian di antara ahli keluarga pula adalah transaksi komersial yang membabitkan nilai kewangan pada paras harga tertentu walaupun ia mungkin turut mengandungi "nilai kasih sayang".


Dari segi dokumen dan prosedur, pemberian rumah secara kasih sayang lazimnya membabitkan surat hibah atau wasiat, manakala pembelian rumah antara keluarga membabitkan dokumen perjanjian jual beli rumah dan pindah hakmilik.


Untuk lebih terperinci mengenai cara tukar nama rumah kepada anak sebagai sebahagian daripada tip beli rumah, anda boleh baca artikel kami khusus mengenai ini di sini.


Untuk tip cara tukar nama rumah, anda boleh baca artikel kami di sini.



BAHAGIA… Sebagai ayah, tentulah lebih membahagiakan jika rumahnya kekal dalam pemilikan zuriatnya sendiri. (Imej janaan AI)
  

Beli Rumah Antara Keluarga: Undang-undang Berkaitan

Dalam urusan pembelian rumah antara keluarga, ada beberapa undang-undang atau akta, peraturan serta prosedur utama yang perlu dipatuhi, termasuklah:


2. Kanun Tanah Negara 1965 

3. Akta Hakmilik Strata 1985

4. Akta Hak Milik Strata (Pindaan) 2007

6. Prosedur Pejabat Tanah

7. Prosedur bank / institusi kewangan


Bagi urusan pembelian antara keluarga ini, nasihat guaman juga penting bagi memastikan semua keperluan perundangan dan peraturan dipatuhi sepenuhnya.


Ini sekali gus mengelak masalah seperti halangan pindahmilik dan pertikaian waris pada masa depan.


Untuk khidmat guaman berpengalaman lama dalam bidang guaman hartanah, anda boleh dapatkan dari firma ASCOLAW di sini.


Beli Rumah Antara Keluarga: Bagaimana Transaksi Sepatutnya?

Urusan beli rumah antara keluarga perlu dilakukan secara teliti serta mengikut prosedur betul pada semua peringkat, termasuklah membabitkan perjanjian jual beli rumah.


Ini untuk mengelakkan sebarang masalah undang-undang dan pertikaian pada masa akan datang. 


Antara langkah yang patut diambil, termasuklah mendapatkan khidmat guaman daripada peguam hartanah berkelayakan dan berpengalaman. 


Pihak peguam akan membantu menyediakan semua dokumen perjanjian jual beli rumah, suratcara pemindahan hakmilik dan sebagainya mengikut undang-undang dan peraturan berkaitan.


Penilaian harga pasaran rumah berkenaan pula sepatutnya dilakukan firma penilaian hartanah berlesen yang mampu menentukan nilai jualan secara tepat dan munasabah. 



LEBIH SEMPURNA… Urusan jual beli rumah, walaupun sesama ahli keluarga, akan menjadi lebih sempurna dan menepati undang-undang jika menggunakan khidmat peguam. (Imej janaan AI).

Beli Rumah Antara Keluarga: Ini Peranan Peguam

Peguam lazimnya akan membantu melengkapkan semua prosedur pemindahan hakmilik di Pejabat Tanah dan membuat bayaran bagi pihak pelanggan, termasuklah cukai pendapatan, duti setem, yuran pindahmilik sebagaimana ditetapkan undang-undang.


Jika pembelian itu membabitkan pembiayaan bank, peguam akan membantu melengkapkan semua dokumen berkaitan.


Untuk khidmat guaman berpengalaman lama dalam bidang guaman hartanah, anda boleh dapatkan dari firma ASCOLAW di sini.


Sekali lagi perlu diingatkan bahawa semua proses beli rumah antara keluarga mesti dilakukan dengan mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan bagi mengelak sebarang masalah atau pertikaian sesama ahli keluarga pada masa depan.








Comments


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page