top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Writer's pictureNur Din

Apa mengenai Ascolaw @ Akmal Saufi & Co yang anda patut tahu? 


Kandungan

Ascolaw: Profil

Ascolaw: Apa Servis Ditawarkan?

Litigasi Sivil

Perbankan & Institusi Kewangan

Hartanah

Projek & Pembangunan

Harta Persendirian dan Litigasi Syariah

Korporat dan Komersial

Mengapa Patut Pilih Ascolaw?



Mencari peguam hartanah? Atau, anda mencari peguam untuk urusan litigasi sivil, pembiayaan dan perbankan, pembiayaan projek atau pembangunan, pengurusan harta persendirian dan latigasi syariah atau urusan perundangan korporat serta komersil?


Jika ini info guaman dan servis perundangan yang anda cari, anda kini berada di laman yang tepat.


Kekal berada di laman ini kerana info berikutnya membekalkan semua maklumat berkaitan. Teruskan pembacaan.


Ascolaw: Profil

Dengan tagline "Beyond Legal Services" atau "Melangkaui Perkhidmatan Undang-undang", Ascolaw yang juga dikenali sebagai Akmal Saufi & Co adalah antara firma guaman berwibawa yang menawarkan semua servis perundangan seperti di atas.


Berpejabat di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, firma ini bukan sahaja memenuhi keperluan perundangan di kalangan pelanggan bandar terbesar Malaysia, malah komuniti dan perniagaan sekitar Asean.


Sejak penubuhannya, firma Ascolaw telah menyelesaikan banyak kes perundangan. Malah menerusi pengetahuan mendalam Ascolaw dalam bidang undang-undang, firma itu telah membuktikan kemampuannya menjayakan projek pembangunan bernilai tinggi.


Antara penyampaian utama yang ketara ialah perkhidmatan perundangan yang diberikan berkaitan Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang serta pentauliahan dan pemajakan loji rawatan air di Johor.





Ascolaw: Apa Servis Ditawarkan?

Seperti dinyatakan di atas, Ascolaw menawarkan pelbagai bidang servis perundangan, termasuklah hartanah, litigasi sivil, pembiayaan dan perbankan, pembiayaan projek atau pembangunan, pengurusan harta persendirian dan latigasi syariah serta urusan perundangan korporat serta komersil.


Berikut antara servis perundangan yang ditawarkan oleh Ascolaw. Mari kita perincikan.


Litigasi Sivil

Skop amalan litigasi sivil oleh Ascolaw termasuklah menasihati pelanggan dalam pelbagai bentuk pertikaian sivil dan komersial bertujuan menyelesaikan pertelingkahan sivil dengan cara paling cekap.


Ini termasuklah dalam skop seperti pertikaian kontrak, pemulihan hutang, kebankrapan dan penggulungan, tuan rumah dan penyewa, litigasi sivil, writ penyitaan dan penjualan, rampasan, sewa beli, kontrak perkhidmatan dan lain-lain.


Perbankan & Institusi Kewangan

Ini turut membabitkan pelbagai peraturan, termasuk Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Akta Pemberi Pinjam Wang 1950.


Fokus utama Ascolaw ialah untuk memastikan kepentingan pelanggan dilindungi secara baik dalam apa juga perjanjian dan transaksi berkaitan kewangan. 


Dalam skop ini, bidang kepakaran Ascolaw termasuklah pembiayaan komersial, pembiayaan korporat, pembiayaan harta, pembiayaan projek dan pembiayaan Islam.


Hartanah

Servis Ascolaw dalam bidang hartanah bermula dari peringkat pelaburan hingga pelupusan mencakupi pajakan, penyewaan, usahasama, pengurusan projek dan sebagainya.


Ascolaw mempunyai pengetahuan dan pengalaman lama untuk membantu pembeli atau penjual, tuan tanah atau penyewa atau pemaju mana-mana hartanah sama ada entiti domestik atau antarabangsa.


Projek & Pembangunan

Ascolaw turut menyediakan servis perundangan membabitkan pembangunan hartanah merangkumi kerja nasihat jualan dan perolehan, hakmilik, penggunaan tanah, pembiayaan dan , usahasama pembangunan projek. 


Ini merangkumi pembelian dan penjualan hartanah kediaman, perindustrian serta komersil yang bernilai tinggi.


Harta Persendirian dan Litigasi Syariah

Dalam hal ini, Ascolaw menyediakan nasihat dan kepakaran perundangan meliputi kehidupan peribadi serta keluarga, termasuklah membabitkan pengurusan harta dan kekayaan persendirian.


Ascolaw juga mempunyai pasukan litigasi syariah yang menyediakan khidmat nasihat dalam bidang pengagihan harta. 


Bidang kepakaran Ascolaw ini termasuklah pembahagian harta pusaka, faraid, amanah harta, pusaka peribadi mengikut Islam, harta pusaka kecil, probet, pentadbiran badan amal dan hadiah atau hibah.


Korporat dan Komersial

Ascolaw juga menyediakan servis untuk syarikat tempatan serta antarabangsa.


Ini termasuklah membabitkan urusan berkaitan perlembagaan syarikat, resolusi pemegang saham / pengarah, pemerbadanan syarikat terhad mengikut saham atau jaminan dan penubuhan yayasan.


Ia turut membabitkan urusan terbitan saham / pindahan saham, perjanjian pemegang saham, perjanjian perkongsian, pembubaran perkongsian dan pemerolehan serta penggabungan ekuiti persendirian.


Servis berkaitan juga berkaitan pembiayaan modal permulaan, usahasama, kontrak perkhidmatan, kontrak jualan, undang-undang privasi, francais dan pelesenan, pembekalan dan pengedaran, pendaftaran harta intelek (IP) serta tindakan perlindungan berkaitan.


Untuk info lanjut mengenai Ascolaw, anda dapat lihat di sini.






Mengapa Patut Pilih Ascolaw?

Memilih peguam yang tepat adalah langkah penting untuk memastikan urusan perundangan anda diselesaikan secara lancar dan berkesan. 


Justeru, Ascolaw adalah antara pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan undang-undang anda. 


Berikut beberapa sebab mengapa anda patut memilih Ascolaw sebagai peguam anda untuk pelbagai urusan seperti disenaraikan di atas.


1. Pengalaman dan Kepakaran -  Ascolaw memiliki pasukan peguam berpengalaman dan pakar dalam pelbagai bidang undang-undang, termasuklah hartanah, korporat dan litigasi. Pengalaman mereka memastikan anda mendapat nasihat yang tepat serta berkesan.


2. Khidmat Pelanggan yang Cemerlang - Ascolaw memberikan perhatian penuh kepada setiap klien dan memastikan keperluan serta kebimbangan mereka didengar dan diambil kira. Firma guaman ini sangat komited untuk menyediakan khidmat pelanggan yang mesra dan profesional.


3. Reputasi Terpercaya -  Sejak bertahun lalu dan menerusi pengalaman lama dalam bidang ini, Ascolaw telah membina reputasi sebagai firma undang-undang yang boleh dipercayai serta berintegriti. Firma guaman ini dikenali kerana ketelusan dan komitmen mereka dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi.


4. Pendekatan yang Disesuaikan - Di Ascolaw, setiap kes adalah unik. Dan, Ascolaw sangat memahami kepentingan pendekatan yang disesuaikan mengikut keperluan klien. Pasukan peguam Ascolaw bekerja rapat dengan anda sebagai pelanggan untuk mencapai hasil dan penyelesaian terbaik.


Dengan ini, memilih Ascolaw sebagai peguam bermakna anda memilih profesionalisme, pengalaman dan khidmat pelanggan yang cemerlang.


Untuk lebih terperinci atau apa juga juga pertanyaan, Ascolaw dapat dihubungi di sini.







Comments


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page