top of page
ASCO Law.png

AKMAL SAUFI & CO | Advocates & Solicitors

6 Perkara Sebelum Agihan Harta Pusaka

Akmal Saufi Mohamed Khaled

By

AHMAD SOLEHIN ABD GHANI

Last updated

27 Apr 2021

Pengagihan harta pusaka adalah penting untuk memastikan waris mendapat hak mereka mengikut ketentuan Faraid. Walau bagaimanapun kurang persediaan, maklumat dan dokumen yang cukup menyebabkan proses agihan menjadi semakin lambat. Artikel ini bertujuan membantu masyarakat melakukan penyediaan sewajarnya sebelum memulakan proses permohonan mendapatkan perintah pembahagian harta pusaka.

Di dalam artikel ini, anda akan mempelajari perkara berikut;

  • Menyediakan dokumen asas

  • Memastikan kewujudan wasiat

  • Melantik Pentadbir

  • Mengumpulkan maklumat harta dan meneliti nilai harta

  • Mengumpulkan senarai waris

  • Menyediakan Sijil Faraid

Menyediakan Dokumen Asas


Untuk membolehkan agensi berkaitan menerima permohonan proses pembahagian harta pusaka anda dan keluarga, terdapat beberapa dokumen asas yang perlu disediakan oleh ahli keluarga. Antara dokumen asas sebelum permohonan pembahagian harta pusaka adalah;

Sijil Kematian


Sijil Kematian adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Ia menandakan bahawa seseorang individu telah meninggal dunia. Jabatan ini merupakan satu-satunya agensi yang boleh mengeluarkan sijil ini. Sijil Kematian adalah berbeza dengan dokumen Daftar Kematian atau Permit Mengubur JPN LM02 (Pin1/11).


Untuk mendapatkan Sijil Kematian, anda perlu ke Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk memohon Sijil Kematian dengan membawa dokumen berikut;

  1. Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN. LM02 (Pin 1/11) berwarna biru;

  2. Kad Pengenalan Arwah yang asal;

  3. Kad Pengenalan Pemaklum (individu yang melaporkan kematian) asal dan salinan;

  4. Perakuan hospital berkenaan sebab-sebab kematian jika kematian berlaku di hospital.

Setelah permohonan dibuat, hanya individu-individu di bawah dibenarkan untuk mengambil Sijil Kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, iaitu;

  1. Ibu atau bapa arwah

  2. Suami atau isteri arwah

  3. Anak-anak arwah

  4. Adik-beradik arwah

  5. Pemaklum kematian yang dicatat di Dokumen Daftar Kematian/Permit Mengubut PN. LM02 (1/11)


Kad Pengenalan Pentadbir Dilantik Waris


Kad Pengenalan asal dan salinan Pentadbir. Kami akan menerangkan siapa Pentadbir dan lantikannya di bawah.


Memastikan kewujudan wasiat


Apakah itu wasiat

Wasiat adalah sebuah dokumen yang ditandatangi mahupun sebuah ikatan janji oleh si mati kepada pihak-pihak yang akan mendapat sebahagian daripada harta pusaka si mati. Jika wasiat merupakan dokumen, ia mestilah ditandangani oleh si mati serta disaksikan oleh individu lain.  Di dalam Islam hanya satu pertiga harta pusaka yang boleh diwasiatkan kepada individu bukan waris. Selebihnya harta pusaka perlu di bahagikan kepada waris.


Di mana perlu mencari wasiat

Di mana wasiat si mati boleh dijumpa? Terdapat beberapa tempat yang selalunya si mati menyimpan wasiat itu di;

  1. Tempat simpanan di dalam rumah

  2. Peguam

  3. Amanah Raya

  4. Simpanan peti di bank si mati

Tiada wasiat


Jika selepas proses pencarian telah dilakukan dan dipastikan bahawa wasiat tidak wujud, jangan khuatir kerana ia tidak membantutkan proses pembahagian pusaka. Dalam keadaan ini, waris-waris boleh bersetuju untuk melantik pentadbir untuk memulakan proses permohonan pembahagian pusaka.


Jika ada wasiat


Jika terdapat wasiat yang telah dibuat oleh si mati, maka dokument tersebut perlu disertakan ketika proses permohonan mendapatkan perintah pembahagian harta pusaka. Di dalam keadaan terdapat lebih daripada satu wasiat, hanya wasiat yang terbaru yang akan diambil kira melainkan wasiat yang terbaru itu mengatakan sebaliknya.


Kesahihan wasiat

Adalah penting bahawa ketika wasiat dilaksanakan ia menepati syarat sah wasiat. Jika tidak sah ia akan menyebabkan wasiat tersebut tidak boleh diguna pakai.

Melantik Pentadbir


Pentadbir Harta Pusaka merupakan individu yang diberikan amanah untuk melaksanakan proses permohonan mendapatkan surat perintah kuasa mentadbir harta pusaka sama ada dari mahkamah tinggi sivil atau geran probet dari mahkamah tinggi, atau surat kuasa mentadbir dari unit harta pusaka kecil Pejabat Tanah Galian Negeri mahupun surat kuasa mentadbir dari Amanah Raya Berhad. Oleh kerana individu ini akan banyak melaksanakan berurusan dengan institusi tersebut serta menjelaskan prosedur ini kepada kalangan waris, adalah baik jika individu yang dilantik ini cekap dan bersedia memberikan komitmen yang ditinggi melaksanakan tanggungjawab ini.


Siapa boleh dilantik sebagai pentadbir

Hanya waris-waris si mati boleh melantik pentadbir. Selalunya mereka adalah;

  1. Suami atau isteri si mati

  2. Ibu atau bapa si mati

  3. Anak-anak si mati

  4. Adik beradik si mati

Walau bagaimanapun, ini adalah proses permulaan bagi proses melantik pentadbir. Senarai waris bagaimanapun boleh berubah apabila Sijil Faraid dikeluarkan oleh Mahkamah Shariah.


Tugas Pentadbir


Pentadbir Harta Pusaka yang dilantik adalah untuk mendapatkan surat kuasa yang bersesuaian harta pusaka sama ada Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi Sivil, Geran Probet dari Mahkamah Tinggi Sivil, Surat Kuasa Mentadbir dari Unit Harta Kusaka kecil Pejabat Tanah Galian Negeri atau Surat Kuasa Mentadbir dari Amanah Raya Berhad. Pada masa sama, Pentadbir Harta Pusaka juga bertanggungjawab mendapatkan Sijil Faraid dengan bantuan Peguam Syarie dari Mahkamah Syariah untuk memastikan senarai waris yang layak untuk mendapatkan agihan pembahagian harta pusaka.


Selain dari mendapatkan dokumen kuasa untuk pengagihan harta pusaka, Pentadbir Harta Pusaka seterusnya perlu ke semua agensi yang memegang harta si mati untuk dicairkan dan diserahkan kepada waris-waris mengikut pembahagian yang ditetapikan hukum Faraid Islam.

Beliau juga turut perlu menuntut harta pusaka si mati yang dipegang oleh individu-individu lain untuk dibahagikan kepada waris-waris yang layak mengikut hukum Faraid Islam.

Mengumpulkan maklumat harta dan meneliti nilai harta


Sebagai ahli keluarga, pengumpulan senarai dan harta itu sendiri walaupun sensitif adalah amat mustahak dilakukan agar proses pembahagian pusaka dapat dijalankan dengan sempurna. Apabila ia sempurna keadilan kepada si mati dan waris-waris yang berhak dapat dilakukan mengikut hukum Faraid yang ditetapkan oleh Ilahi. Proses pengumpulan senarai harta pusaka juga perlu dilaksanakan dengan penuh tertib dan telus agar tidak ada sebarang harta yang tersembunyi atau menimbulkan syak wasangka di kalangan ahli keluarga.

Definasi Harta Pusaka

Secara am, harta pusaka adalah sebarang harta yang ditinggalkan oleh si mati. Ia bukan sahaja berbentuk wang atau tanah tetapi lebih dari itu. Tidak kira dalam negara ataupun luar. Antara contoh harta yang menjadi harta pusaka setelah si mati meninggal adalah;


  1. Geran Tanah

  2. Hak Ke Atas Tanah

  3. Hak Ke Atas Hutang

  4. Saham Syarikat

  5. Saham Amanah

  6. Caruman KWSP

  7. Caruman Takaful

  8. Caruman Insurans

  9. Kenderaan

  10. Wang Fizikal

  11. Wang dalam simpanan bank

  12. Wang dalam simpanan Peguam

  13. Harta-harta mudahalih lain

  14. Harta-harta di atas yang dipegang sebagai amanah oleh individu lain

Buat anggaran nilai harta


Setelah anda menyenaraikan kesemua harta di atas, anda perlu membuat perangkaan nilai kesemua harta. Ini membolehkan anda membuat keputusan agensi yang perlu anda temui untuk membuat permohonan proses mendapatkan  Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka.

Mengumpulkan senarai waris


Waris adalah individu-individu yang ditetapkan dalam hukum Faraid yang akan memperoleh pengagihan harta pusaka si mati. Tiada individu lain yang layak menerima harta pusaka selain dari waris yang layak. Pun begitu, sebelum harta pusaka itu boleh dibahagikan kepada waris; kos jenazah, hutang si mati, harta sepencarian dan pengagihan wasiat perlulah dilaksanakan terlebih dahulu.


Siapakah Waris Mengikut Hukum Faraid Yang Layak Menerima Agihan Harta Pusaka

Secara am, di Malaysia hanya waris yang dinyatakan dalam Sijil Faraid yang dikeluarkan Mahkamah Syariah yang layak menerima agihan Harta Pusaka.

Penyediaan Senarai Waris

Senarai waris yang masih hidup ketika saat si mati meninggal dunia adalah penting untuk membolehkan proses permohonan Sijil Faraid dilakukan oleh peguam syarie. Ini membolehkan peguam syarie membuat permohonan Sijil Faraid kepada Mahkamah Syariah.

Menyediakan Sijil Faraid

Apakah itu Sijil Faraid

Sijil Faraid adalah dokumen yang memaklumkan senarai waris yang layak menerima harta pusaka si mati.

Bila Sijil Faraid diperlukan


Sijil Faraid diperlukan ketika proses memohon pengagihan harta pusaka yang dipegang oleh agensi-agensi yang memang harta pusaka si mati.

Bila Sijil Faraid tidak diperlukan


Ketika di Unit Pusaka Kecil jika ke semua waris bersetuju kepada satu pembahagian yang dipersetujui bersama. Jika tidak bersetuju atau terdapat kemusykilan waris yang berhak, Sijil Faraid tetap diperlukan.

Siapa boleh mendapatkannya


Setiap individu yang merasakan bahawa beliau merupakan waris yang berhak kepada harta pusaka si mati berhak untuk memohon Sijil Faraid daripada Mahkamah Syariah melalui peguam syarie

Bagaimana ia boleh didapatkan


Sijil Faraid boleh diperoleh melalui perbicaraan mahkamah di Mahkamah Syariah yang dikendalikan oleh Mahkamah Syariah dan dibantu oleh Peguam Syarie.

Other reads related

Kos Pembahagian Harta Pusaka Yang Anda Perlu Tahu

Perbandingan kos-kos pengurusan dan pembahagian harta pusaka.

7 Perkara Utama Anda Perlu Lakukan Dalam Urusan Harta Pusaka

Fahaman asas pengurusan Harta Pusaka

Need a lawyer or want to request for a quotation?

Notice

The contents of this publication, current at the date of publication set out above, are for reference purposes only. They do not constitute legal advice and should not be relied upon as such. Specific legal advice about your specific circumstances should always be sought separately before taking any action based on this publication.

asco law no bg

Have any other question, idea or want to work together?

About Us

Hub

Legal Information

Startup

Real Estate

Business

ASCO Law.png
Bar council logo.png

AKMAL SAUFI & CO (ASCO LAW) is a legal firm licensed under the Legal Profession Act 1976 and a member of the Malaysian Bar Council.

bottom of page