Kos Pembahagian Harta Pusaka Yang Anda Perlu Tahu

Oleh
AHMAD SOLEHIN ABD GHANI
Tarikh Kemaskini
23 Sept 2021

[Klik disini untuk artikel yang telah dikemaskini bagi tahun 2021]
Pembahagian Harta Pusaka hanya boleh dilaksanakan oleh beberapa agensi, entiti dan individu yang dibenarkan undang-undang. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara bidang kuasa, skop dan fi pentadbiran harta pusaka yang akan dikenakan. Dalam artikel ini anda akan mendapat maklumat mengenai;
Agensi yang menjalankan pentadbiran harta pusaka
Bidang kuasa agensi dan entiti yang menjalankan pentadbiran harta pusaka
Had dan skop perkhidmatan mereka
Formula pengiraan fi penkhidmatan
Contoh cara pengiraan fi khidmat dan nilainya jika harta pusaka bernilai RM1,000,000 dan RM2,000,000.
Agensi dan entiti pentadbiran pembahagian harta pusaka
Unit Pembahagian Pusaka Kecil, PTG Negeri
ASCO Shariah (Akmal Saufi & Co)
Bidang kuasa dalam pembahagian harta pusaka
Bidang kuasa agensi dan entiti yang boleh menjalankan pentadbiran harta pusaka adalah bergantung kepada bentuk dan nilai harta pusaka yang ditinggalkan. Berikut adalah bidang kuasa dan skop agensi yang terlibat;
Bidang Kuasa Unit Pembahagian Pusaka Kecil
Berdasarkan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian), Unit Pembahagian Pusaka Kecil hanya boleh mentadbir pusaka bernilai tidak melebihi RM2,000,000 dan jika pusaka tersebut mempunyai harta tidak mudah alih (tanah, rumah, kedai atau pejabat).
Bidang Kuasa Amanah Raya Berhad
Berdasarkan kepada Akta Perbadanan Amanah Raya, Amanah Raya Berhad boleh membantu pentadbiran pusaka yang termasuk dalam keadaan berikut;
Jika pusaka bernilai kurang RM2,000,000, ia mestilah tidak mempunyai sebarang harta tidak alih; dan
Sebarang pusaka bernilai melebihi RM2,000,000
Bidang Kuasa ASCO Shariah
Sebarang pusaka di Malaysia; dan
Sebarang pusaka bernilai RM2,000,000
Had dan skop perkhidmatan
Untuk membolehkan proses perlaksanaan pentadbiran, pembahagian dan pengagihan berlaku dengan kemas dan teratur, adalah amat penting waris memahami bahawa skop perkhidmatan yang diberikan mengikut agensi berbeza beza. Berikut adalah skop khidmat yang diberikan;
Skop Khidmat Unit Pembahagian Pusaka Kecil
Memberi perkhidmatan mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah : Tidak
Perkhidmatan mendapatkan/mengeluarkan Probat Wasiat : Ya
Tempoh Proses: Melebihi 12 bulan
Khidmat Pentadbiran dan agihan Pusaka: Hanya perintah akan diberikan. Ke semua harta dalam Pusaka perlu diagihkan sendiri.
Skop Khidmat Amanah Raya Berhad
Memberi perkhidmatan mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah : Tidak
Perkhidmatan mendapatkan/mengeluarkan Probat Wasiat : Ya
Tempoh Proses: Minimum 4 bulan ke 6 bulan bagi harta mudah alih dari tarikh dokumen lengkap. Minimum 12 bulan bagi harta tidak mudah alih dari tarikh dokumen lengkap
Khidmat Pentadbiran dan agihan Pusaka: Ke semua harta dalam Pusaka akan diagihkan.
Skop Khidmat ASCO Shariah
Memberi perkhidmatan mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah : Ya
Perkhidmatan mendapatkan/mengeluarkan Probat Wasiat : Ya
Tempoh Proses: Minimum 3 bulan ke 6 bulan bagi harta mudah alih dari tarikh dokumen lengkap. Minimum 9 bulan bagi harta tidak mudah alih dari tarikh dokumen lengkap
Khidmat Pentadbiran dan agihan Pusaka: Kesemua pusaka dalam negara dalam bentuk berikut;
Semua wang di bank;
Semua takaful;
Semua insurans;
Hartanah (Satu sahaja); dan
Kenderaan (Dua sahaja)
akan diagihkan berdasarkan Surat Kuasa Tadbir atau Probat.
Jika terdapat lebih dari satu hartanah atau lebih dari dua kenderaan atau asset-aset lain yang tidak disebutkan di atas, fi tambahan akan dikenakan.
Formula pengiraan fi khidmat
Fi Khidmat Unit Pembahagian Pusaka Kecil
Bagi RM1,000 pertama - RM10
Bagi RM1,001 hingga RM50,000 - RM30
Bagi RM50,001 ke atas - 0.2% dari nilai harta pusaka
Fi Khidmat Amanah Raya Berhad
Bagi RM25,000.00 pertama - 5%
Bagi baki seterusnya sehingga RM225,000.00 - 4%
Bagi baki seterusnya sehingga RM250,000.00 - 3%
Bagi baki seterusnya sehingga RM500,000.00 - 2%
Bagi baki seterusnya - 1%
Fi Khidmat ASCO Shariah
Sijil Faraid - RM3000
Probat Wasiat/Surat Kuasa Tadbir - RM5000
Pentadbiran dan Agihan Pusaka - RM3000
Contoh cara pengiraan fi pembahagian tadbir pusaka
Bagi tujuan pemahaman dan contoh pengiraan fi perkhidmatan pentadbiran harta pusaka, ia boleh dilihat berdasarkan contoh yang berikut;
Jika Harta Pusaka bernilai RM1,000,000.00, maka
a) Unit Pusaka Kecil akan mengenakan fi sebanyak RM2,000;
b) Amanah Raya Berhad akan mengenakan fi sebanyak RM27,750;
c) ASCO Shariah akan mengenakan fi sebanyak RM11,000.
Jika Harta Pusaka bernilai RM2,000,000.00, maka
a) Unit Pusaka Kecil akan mengenakan fi sebanyak RM4,000;
b) Amanah Raya Berhad akan mengenakan fi sebanyak RM37,750;
c) ASCO Shariah akan mengenakan fi sebanyak RM11,000.
Notis
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

Mempunyai persoalan, idea atau mahu bekerjasama?
Mengenai Kami
Hub
Maklumat Perundangan
Syarikat Pemula
Hartanah
Perniagaan


AKMAL SAUFI & CO (ASCO) ialah sebuah firma guaman peguam di bawah pengelolaan Badan Peguam Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.