Artikel ini bertujuan memberi penerangan dan penekanan tentang soalan-soalan yang patut anda tanyakan kepada tuan rumah jika anda berniat membeli rumah tersebut.
Ini kerana sebelum anda tandatangan perjanjian jual beli, sebagai pembeli yang bijak anda seharusnya mempertimbangkan bukan sahaja soal harga rumah semata-mata tetapi juga mengambil kira sama ada transaksi jual beli rumah tersebut boleh berjaya ataupun akan ada pelbagai masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Anda juga perlu mengambil kira keadaan fizikal rumah tersebut.
Soalan-soalan di bawah adalah berdasarkan dua kategori penting iaitu:-
1. Soalan mengenai latar belakang rumah; dan
2. Soalan mengenai keadaan rumah.
Sebelum kita bertanya soalan, kami ingin menerangkan kepada anda tentang dua perkara iaitu nilai pasaran hartanah dan Letter Offer to Purchase.
Nilai pasaran hartanah sangat penting terutama sekali sewaktu anda ingin memohon pinjaman rumah. Risiko untuk tidak mendapat pinjaman tinggi jika nilai rumah lagi tinggi daripada nilai pasaran semasa. Oleh itu, anda perlu semak dahulu nilai rumah yang anda hendak beli.
Seterusnya, jika anda baru sahaja hendak memohon pinjaman dan Tuan Rumah pula minta anda membayar deposit ‘booking’, anda harus memastikan bahawa Letter Offer to Purchase telah ditandatangani terlebih dahulu. Kadang kala ini dipanggil booking form.
Letter Offer to Purchase akan disediakan oleh peguam anda, dan akan mengandungi terma-terma penting iaitu:-
a. Deposit ‘booking’ adalah berdasarkan persetujuan oleh kedua-dua pihak, tuan rumah dan anda. Kebiasaannya, 2% dan tidak patut melebihi 5%;
b. Tempoh bagi kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Jual Beli adalah 2 hingga 4 minggu selepas sudah menandatangani surat/letter offer to purchase;
c. Jika pinjaman anda tidak lulus, anda layak untuk menerima bayaran balik sepenuhnya terhadap ‘booking’ deposit. ‘Booking’ deposit juga boleh ditarik balik bergantung kepada situasi;
d. Jika Tuan Rumah tidak mahu menandatangani Perjanjian Jual Beli, anda boleh membatalkan Letter Offer to Purchase dan Tuan Rumah perlu memberi bayaran balik ‘booking’ deposit termasuk gantirugi.
Selain terma di atas termasuk ia juga akan menyatakan jenis hartanah, alamat penuh hartanah, harga beli yang telah dipersetujui.
Jadi, sekarang mari kita lihat soalan-soalan yang anda perlu tanyakan kepada tuan rumah.
1. Soalan mengenai latar belakang rumah
a. Apakah jenis hartanah?
Jika tanah merupakan tanah pajakan, anda perlu memastikan bahawa tempoh pajakan adalah tidak kurang daripada 60 tahun. Hal ini demikian kerana, pinjaman bank akan susah untuk diluluskan jika kurang daripada 60 tahun.
Selain itu, jika rumah tersebut merupakan rumah kos rendah, anda perlu lihat dari segi kelayakan anda untuk membeli rumah kos rendah.
b. Bila Tuan Rumah akan pindah?
Soalan ini diajukan jika tuan rumah masih duduk di rumah itu. Justeru, soalan ini penting untuk memastikan tempoh masa dan juga tarikh kemasukan anda ke rumah tersebut.
c. Ada kerja renovasi terhadap rumah tersebut?
Anda ingin tahu jika terdapat renovasi, renovasi itu sudah siap dan kemas. Selain itu, renovasi tersebut juga harus dibuat dengan kelulusan oleh jabatan yang berkaitan untuk mengelakkan daripada berlaku apa-apa masalah.
2. Soalan mengenai keadaan rumah
Rumah yang dijual di bawah “subsale” kebiasaaannya dijual berdasarkan terma “as is where is” yang bermaksud sebagaimana adanya. Oleh itu, pembeli dinasihatkan untuk melihat betul-betul keadaan rumah tersebut sebelum anda menandatangani Letter Offer to Purchase dan Perjanjian Jual Beli.
Jika terdapat sebarang kerosakan dan pembaikan yang perlu dibuat, waktu itu lah yang anda perlu maklum kepada Tuan Rumah terlebih dahulu.
Tambahan pula, jika terdapat sebarang perabot dan kelengkapan, anda perlu memastikan ini termasuk dalam terma Perjanjian Jual Beli.
Selesai sahaja soalan-soalan yang anda perlu tahu untuk anda ajukan kepada Tuan Rumah. Berikut pula merupakan senarai semakan yang anda perlu peka dan tahu bagi transaksi jual beli rumah subsale.
Bagi Tuan Rumah Yang Ingin Jual Rumah Subsale :-
Harga Jual Beli
Loan Rumah Penjual sudah habis atau belum habis bayar?
Jenis Rumah sama ada Kos Rendah atau bukan Kos Rendah
Alamat Rumah (beri negeri sahaja)
Salinan Geran (sila berikan gambar utk semakan)
Bagi Pembeli Rumah Yang Ingin Jual Rumah Subsale :-
Harga Jual Beli
Berapa orang Pembeli?
Adakah ini rumah pertama Pembeli?
Pinjaman yang dibuat oleh pembeli sama ada Bank atau LPPSA
Jenis Rumah sama ada Kos Rendah atau bukan Kos Rendah
Alamat Rumah (beri negeri sahaja)
Salinan Geran - (sila berikan gambar utk semakan)
Selain daripada pembelian subsale, bagi pembaca kami yang ingin memindahmilik atas balasan kasih sayang (mempunyai talian darah), berikut merupakan senarai semak yang perlu anda tahu:-
Adakah pinjaman rumah sudah habis bayar?
Berapa orang Pemberi?
Berapa orang Penerima?
Apakah hubungan Pemberi & Penerima?
Alamat Rumah
Salinan Geran/Hakmilik Rumah - (sila beri gambar untuk semakan)
Salinan Cukai Pintu/Harta/Taksiran - (sila beri gambar untuk semakan)
Sebaik sahaja anda meneliti segala soalan dalam artikel ini, kami harap kami dapat membantu anda dalam membuat keputusan terhadap pembelian rumah dan anda akan dapat duduk tanpa menghadapi sebarang masalah pada masa hadapan.
コメント