top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Writer's pictureAkmal Saufi MK

Peranan Peguam Penjual Dalam Transaksi Jual Hartanah


Peguam hartanah


Peguam memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu pihak dalam urus niaga pemindahan hartanah antara pembeli dan penjual. Tujuan utama adalah untuk memastikan anda tidak ditipu oleh mana-mana pihak yang lain sepanjang urusan jual rumah anda. Selain itu, tugas peguam juga bergantung kepada situasi transaksi anda dan anda boleh merujuk kepada artikel kami yang lain iaitu “Peguam Conveyancing” di https://www.ascolaw.co/latest-thinking/peguam-conveyancing.


Anda boleh sahaja meneruskan untuk menjual rumah tanpa menggunakan peguam, tetapi anda perlu sedia maklum bahawa terdapat beberapa risiko jual beli tanah/rumah tanpa peguam. Sebagai contoh, proses/urusan jual beli akan menjadi lambat atau terdapat penangguhan. Hal ini demikian kerana, peguam adalah lebih berpengalaman dan mudah untuk berurusan dengan pihak yang lain seperti pemaju, bank, dan pejabat tanah.


Walaubagaimanapun, anda juga perlu tahu mengenai jaminan insuran peguam. Jika anda ingin membuat tuntutan terhadap peguam anda, anda boleh mendapatkan pampasan melalui Perlindungan Insurans Profesional di mana perlindungan/jaminan ini adalah disediakan untuk melindungi profesional.

Antara urusan-urusan yang akan diselesaikan oleh pihak peguam anda adalah seperti berikut:-


  • Mendapatkan Redemption Statement dari Pihak Bank;

  • Melakukan Carian Hakmilik Tanah untuk Status Tanah terkini;

  • Menyemak status anda dan pembeli untuk status insolvensi;

  • Mendraf Perjanjian Jual Beli;

  • Berurusan dan melakukan permohonan duti setem LHDN;

  • Membuat urusan bayaran CKHT;

  • Menerima duit deposit dan lain-lain bayaran dari pembeli sebagai pemegang taruh (escrow);

  • Berurusan dengan pejabat tanah:

  • Berurusan dengan Property Management untuk mengetahui status geran tanah;

  • Berurusan dengan Pemaju jika masih master title dan jika perlu melakukan perfection of charge. Anda boleh merujuk artikel kami mengenai penyempurnaan pindah milik di https://www.ascolaw.co/latest-thinking/penyempurnaan-pindahmilik-atau-perfection-of-transfer ;

  • Berurusan dengan Pihak Bank anda; dan

  • Berurusan dengan Peguam Pembeli. Anda perlu diingatkan bahawa peguam anda dan peguam pembeli perlu peguam yang berbeza dan tidak boleh peguam yang sama.



Commentaires


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page