top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Pengecualian CKHT Skim Penjana - Kelebihan Anda Menjual Rumah Subsale Sebelum 31 Disember 2021

Updated: 25 Okt 2021


Pengecualian CKHT Penjana


Sebagai pemilik aset rumah sudah pasti kita ingin memaksimumkan pulangan dan keuntungan yang anda ingin peroleh dari penjualan rumah anda kepada pembeli.



Di bawah skim Penjana yang diumumkan kerajaan, sebagai pemilik rumah anda layak untuk mendapat pengecualian cukai CKHT atau nama penuhnya Cukai Keuntungan Harta Tanah.


Dalam artikel ini kita akan fahami;



Apakah itu CKHT atau Cukai Keuntungan Harta Tanah?


CKHT merupakan cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap penjual hartanah yang menjual hartanah subsale mereka.


Undang-undang CKHT


Undang-undang yang mengawal selia Cukai Keuntungan Hartan Tanah adalah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.


Cara Kira CKHT


Kerajaan mengenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah ke atas keuntungan yang diperoleh oleh Penjual hartanah apabila membuat transaksi pertukaran hakmilik aset kepada pembeli.


Pengiraan keuntungan adalah dengan membandingkan harga yang dibayar oleh Penjual ketika seseorang Penjual itu memeroleh nilai hartanah tersebut dengan harga yang diperoleh dijual kepada Pembeli sedia ada.



Berapakah kadar CKHT sebelum tawaran Penjana yang diumum Kerajaan?


Sebelum pengumuman pengecualian CKHT yang diumumkan kerajaan, seseorang penjual individu perlu membayar cukai CKHT berdasarkan nilai berikut;

Waktu Pelupusan Aset Hartanah

Kadar Cukai CKHT Berdasarkan Jadual 5 Akta CKHT

Pelupusan dalam tempoh tiga (3) tahun selepas memeroleh aset hartanah

30%

Pelupusan dalam tahun ke empat (ke-4) selepas memeroleh aset hartanah

20%

Pelupusan dalam tahun ke lima (ke-5) selepas memeroleh aset hartanah

15%

Pelupusan dalam tahun ke enam (ke-6) selepas memeroleh aset hartanah

5%


Berapakah kadar CKHT anda boleh nikmati melalui Skim Penjana?


Jika anda memenuhi kesemua syarat skim Penjana bagi tujuan pengecualian CKHT, anda berupaya untuk menikmati kadar cukai CKHT seperti berikut;


Waktu Pelupusan Aset Hartanah

Kadar Cukai CKHT Berdasarkan Jadual 5 Akta CKHT (Sebelum Skim Penjana)

Kadar Cukai CKHT Dengan Skim Penjana

Pelupusan dalam tempoh tiga (3) tahun selepas memeroleh aset hartanah

30%

0%

Pelupusan dalam tahun ke empat (ke-4) selepas memeroleh aset hartanah

20%

0%

Pelupusan dalam tahun ke lima (ke-5) selepas memeroleh aset hartanah

15%

0%

Pelupusan dalam tahun ke enam (ke-6) selepas memeroleh aset hartanah

5%

0%


Syarat Pengecualian CKHT di bawah Skim Penjana


Jika anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah, anda layak untuk mendapat pengecualian daripada pemakaian Jadual 5 Akta CKHT. Ini adalah berdasarkan Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2020.


Antara syarat yang perlu anda penuh bagi pengecualian CKHT di bawah Skim Penjana adalah;

  1. Anda merupakan warganegara Malaysia;

  2. Harta yang anda lupuskan (jual) adalah hartanah rumah kediaman dan tidak melebihi 3 buah harta kediaman;

  3. Harta yang dijual itu tidak diperoleh oleh Penjual dalam tempoh 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021 melalui transaksi pindah milik antara suami dan isteri atau pemberi antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak,datuk nenek dan cucu;

  4. Perjanjian Jual Beli ditandatangan dan disempurnakan selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021. Perjanjian ini mestilah disetemkan tidak lewat daripada 31 Januari 2022.



Proses-proses lain dalam Akta CKHT


Melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2020 ia telah menyatakan bahawa prosedur atau langkah lain dalam proses CKHT mengikut Akta CKHT tetaplah terpakai.



Tindakan Yang Ada Perlu Ambil Segera


Disebabkan masa yang suntuk oleh kerana Skim Penjana akan berakhir pada 31 Disember 2021, anda perlu mengambil tindakan segera untuk menikmati pengecualian ini. Antaranya;


  1. Pastikan anda berhak untuk membuat transaksi dengan memastikan anda mempunyai geran tanah di atas nama anda. Jika geran tanah anda masih di atas nama pemaju anda perlu membuat Perfection of Transfer.

  2. Pastikan anda mempunyai dokumen fizikal geran tanah anda.

  3. Anda perlu memastikan bahawa pembeli sudah ada, layak membeli serta bersedia untuk membayar deposit dan permohonan pinjaman bank agar membolehkan transaksi berjalan dengan lancar.

  4. Dokumen-dokumen percukaian hartanah rumah anda seperti Cukai Tanah dan Cukai Taksiran dibayar.


Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau nasihat lain, peguam ASCO Law sedia membantu anda.




Comentários


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page