top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Writer's pictureAkmal Saufi MK

Ini sebabnya kenapa anda tidak patut beli geran tanah lot lidi

Updated: 11 Apr 2022

Geran tanah lot lidi memang menyusahkan pembeli tanah. Tapi apakah itu geran tanah lot lidi dan apa sebenarnya masalahnya?





Tanah lot lidi adalah geran tanah yang nama penjualnya tidak berada dalam geran tanah tetapi penjualan tanah tersebut dilakukan secara surat ikatan amanah.


Selalunya harga tanah ini murah dan berstatus tanah pertanian.

Ia adalah berbeza dengan geran tanah lot. Geran tanah lot mempunyai nama penjual dalam geran hakmilik tanahnya.


Ramai terperangkap apabila membeli 'hak' ke atas bahagian dalam geran tanah lot lidi ini.

Antara masalah yang ada pada geran tanah lidi adalah seperti berikut;


1. Nama pembeli lot tidak akan ada di dalam geran kerana sebilangan pemilik 'membeli' tanah ini menggunakan surat pegangan amanah atau surat ikatan amanah.


2. Sebarang transaksi jual beli sukar untuk dilakukan secara sah keran di mata perundangan dan Akta Kanun Tanah Negara, hanya mereka yang mempunyai nama di atas geran boleh menjual atau memindahmilik sesuatu geran tanah.


3. Pembeli tanah lot lidi tidak akan layak sebarang hak dari sudut undang-undang sebagai tuan tanah.

4. Tidak boleh diwariskan sekiranya meninggal dunia. Ini kerana pemilikan tersebut susah untuk diturunkan kepada pewaris.


5. Tiada sebarang pampasan oleh kerajaan. Jika terdapat sebarang pengambilalihan tanah, hanya mereka yang mempunyai nama dalam geran akan mendapat pampasan.


6. Tidak boleh membuat pinjaman perumahan. Di pihak bank, bank tidak akan memberi pinjaman perumahan tanpa proses gadaian berjaya dilakukan. Ini memerlukan nama pemimjam berada dalam geran tanah.


8. Tidak boleh membina rumah sendiri di atas tanah lot lidi kerana tidak boleh mendapatkan kelulusan pelan pembinaan rumah PBT. PBT perlu mengetahui pelan hak milik kita di atas tanah untuk membolehkan ia meluluskan pelan pembangunan kita.

9. Kerajaan negeri tidak mengiktiraf tanah lot lidi. Ini memberi maksud anda tidak akan berupaya mendapatkan apa-apa pembelaan kerajaan negeri dan pejabat tanah kerana nama anda tidak di dalam geran tanah.


10. Hak pembeli tidak dilindungi dari sudut undang-undang. Hanya nama yang berada dalam geran tanah akan dilindungi sepenuhnya di bawah Kanun Tanah Negara.


11. Geran tidak boleh dipindahkan kepada nama pembeli. Apabila nama kita tidak di dalam geran tanah, proses Kanun Tanah Negara termasuklah proses pindahmilik tidak dapat digunakan.

12. Pembeli lot lidi tidak mengetahui kedudukan sebenar tanah kerana belum disahkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara (JUPEN)

コメント


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page