top of page

Penyempurnaan Pendaftaran Gadaian

Akmal Saufi Mohamed Khaled

Oleh

Akmal Saufi Mohamed Khaled

Tarikh Kemaskini

25 Apr 2021

Penyempurnaan Gadaian adalah proses untuk mendaftarkan gadaian dalam geran hakmilik tanah apabila geran hakmilik tanah sudah dikeluarkan pejabat tanah.


Mari kita ketahui lanjut berkenaan perkara ini. Ini perkara yang akan kita bincangkan melalui perkara ini;

  1. Mengapa anda perlu melakukan Penyempurnaan Gadaian

  2. Siapa yang biasanya akan membayar Penyempurnaan Gadaian

  3. Siapa yang harus anda lantik untuk melakukan Penyempurnaan Gadaian

  4. Apa yang anda perlu sediakan untuk Penyempurnaan Gadaian


1. Mengapa anda perlu melakukan Penyempurnaan Gadaian


Penyempurnaan Gadaian dilakukan kerana bank ingin mempunyai sekuriti atau jaminan kepada pinjaman atau pembiayaan yang dibuat si Pemimjam (Pembeli). Kadang-kala pinjaman dilakukan ketika geran hakmilik individu asih  belum dikeluarkan. Atas sebab ini, pembeli harus menggunakan surat kuasa sebagai pengganti jaminan pembiayaan yang diberikan kepada pembeli.


Pendaftaran gadaian memberi jaminan yang lebih kuat dan termaktub prosesnya dan dijamin oleh undang-undang Kanun Tanah Negara Malaysia.



2. Siapa yang biasanya akan membayar Penyempurnaan Gadaian


Kebiasaannya, pihak bank yang akan membayar yuran. Walau bagaimanapun, hal ini bergantung pada surat tawaran yang awalnya ditandatangani antara anda dan pihak bank semasa anda bersetuju dengan perjanjian pinjaman.



3. Siapa yang harus anda lantik untuk melakukan Penyempurnaan Gadaian


Bagi transaksi ini, pihak bank sendiri akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Hakmilik dipindahkan ke bank sebagai jaminan pinjaman. Oleh itu, apabila Geran Hakmilik dikeluarkan, bank mesti melaksanakan dokumen pelepasan (Borang 16N) untuk melepaskan caj mereka atas Hakmilik tersebut.


Atas tujuan ini, peguam bank akan dilantik untuk membuat pendaftaran gadaian. Hakmilik dan MOT akan diberikan kepada peguam bank untuk membolehkan mereka mendaftarkan gadaian memihak kepada bank.



4. Apa yang anda perlu sediakan untuk Penyempurnaan Gadaian


Ini adalah dokumen yang perlu disediakan oleh pemimjam:-

  1. Salinan kad pengenalan (NRIC) Pembeli

  2. Salinan Surat Ikatan Amanah (DOA)

  3. Salinan Perjanjian Pinjaman

  4. Resit Cukai Pintu

  5. Resit Cukai Tanah

Perlukan peguam atau ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

Penulisan berkaitan

8 Tips Cara Beli Rumah Second Hand Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah second hand pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah LPPSA Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah LPPSA pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah Subsale Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah subsale pada tahun 2021.

asco law no bg

Mempunyai persoalan, idea atau mahu bekerjasama?

Mengenai Kami

Hub

Maklumat Perundangan

Syarikat Pemula

Hartanah

Perniagaan

ASCO Law.png
Bar council logo.png

AKMAL SAUFI & CO (ASCO) ialah sebuah firma guaman peguam di bawah pengelolaan Badan Peguam Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.

bottom of page