top of page
ASCO Law.png

ASCO LAW - Akmal Saufi & Co

Peguam Hartanah Terbaik Di Masai. Terbukti Dan Pengalaman.

ASCO mempunyai peguam hartanah berpengalaman bersama melebihi 30 tahun. Laksanakan transaksi hartanah anda dengan dengan penuh keyakinan. Hubungi sekarang untuk konsultasi percuma.

Peguam Urusan Hartanah

Penuh pengalaman, ASCO boleh membantu anda membuat sebarang penjualan atau pembelian harta, perjanjian penyewaan, pecah geran, hibah, pajakan tanah, tanah berstatus TOL dan pengurusan perjanjian pembiayaan perumahan.

Urusan Pihak Berkuasa Di Masai

Pengalaman kami bersama pihak berkuasa sebagai peguam hartanah membolehkan transaksi anda lancar di peringkat pejabat tanah daerah, pejabat tanah galian di peringkat negeri, jabatan penilaian dan perkhidmatan harta serta Lembaga hasil Dalam Negeri.

Kapasiti Sebagai Peguam Panel Berdaftar Bank

Peguam hartanah ASCO merupakan peguam panel berdaftar dan ad hoc bagi pelbagai bank utama di Malaysia secara tidak langsung memudahkan urusan pinjaman perumahan anda. ASCO juga merupakan peguam berdaftar LPPSA membolehkan staff perkhidmatan awam menggunakan khidmat kami bagi pinjaman perumahan kerajaan.

Pengendalian Proses Dengan Pelbagai Pihak

Sama ada komunikasi dengan penjual, pembeli, bank, tuan tanah, penyewa mahupun pemaju, ASCO mengambil berat setiap perkembangan dan proses transaksi anda. Apabila anda melantik ASCO, kami akan uruskan ke semua proses yang diperlukan oleh anda.

Khidmat Nasihat

Bagi setiap transaksi yang akan dilakukan, kami mengambil masa untuk meneliti senario transaksi anda dan akan memberi nasihat menyeluruh agar anda sentiasa termaklum proses yang akan dilakukan kami.

Pakar Dalam Draf Perjanjian

Perjanjian hartanah yang dirangka dengan cermat hasil penilitian transaksi terdahulu memastikan sama ada perjanjian jual beli, sewa rumah atau unit kedai, penggunaan kawasan tanah mahupun surat kuasa berkaitan pembangunan hartanah memberi nilai tinggi kepada pelanggan kami.

Perlindungan Insurans Bagi Setiap Transaksi

Hak dan kepentingan anda merupakan keutamaan kami. Di ASCO kami mempunyai perlindungan insurans sebanyak RM5 juta. Ia adalah lebih dari keperluan asas insurans yang ditetapkan Majlis Peguam iaitu sebanyak RM300 ribu. Memastikan sebagai peguam hartanah anda, risiko transaksi anda adalah minima.

Perkhidmatan Peguam Hartanah ASCO

Dari nilai hartanah RM50 ribu ke nilai hartanah melebihi Ringgit Malaysia ratusan juta, kami telah lakukannya. Peguam hartanah kami berupaya mengendalikan jual beli hartanah, sewa dan pajakan, pendaftaran MOT, pemberian hibah hartanah, pengurusan pemajuan tanah, urusan tanah TOL, merangka surat kuasa, pembuangan kaveat dan pelbagai urusan lain berkaitan hartanah.

Setiap transaksi hartanah yang berjaya adalah kebanggaan dan kebahagian kami di ASCO. Oleh sebab itu kami peka dalam proses yang perlu dilakukan untuk memberikan anda khidmat terbaik buat transaksi anda. 

IMG_9634.JPG

"Lebih dari nasihat perundangan, peguam ASCO turut memberi nasihat berkaitan apa berlaku di pasaran saya. Mereka betul ingin Farmas Tech berjaya"

​

-Dr Muhammad Salehin Kornain

 CEO, Farmas Tech

Kamarul.jpg

Hasil saranan sahabat saya, saya telah menggunakan ASCO untuk proses membuat perjanjian pembelian rumah saya. Ia adalah nasihat terbaik rakan saya. Kini saya dan isteri tidak lagi menyewa dan mempunyai rumah sendiri"

​

-Kamarul Ishak

Soalan Lazim Berkaitan Khidmat Peguam

Adakah semua peguam sama? Mengapa peguam hartanah MasaiASCO?

Terdapat pelbagai jenis peguam dan kepakaran mereka berbeza mengikut firma. ASCO mempunyai kepakaran memberikan khidmat guaman di bidang hartanah, perbankan dan pembiayaan, mahkamah sivil, mahkamah syariah, perniagaan & syarikat, harta pusaka dan syariah.

Bagaimana saya boleh menghubungi peguam hartanah ASCO?

Komunikasi rasmi kami adalah melalui telefon, emel dan persuratan. Anda juga boleh menghubungi kami dengan meninggalkan maklumat anda di sini.

Apakah kadar yuran dan caj guaman ASCO?

Dengan nilai-nilai yang diberikan, adakah peguam ASCO mahal? Tidak! Yuran kami adalah tertakluk kepada undang-undang Perintah Saraan Peguam 2005 bagi transaksi hartanah. Pengiraan adalah mengikut formula yang ditetapkan undang-undang. Ini bermaksud caj guaman kami adalah sama dengan peguam-peguam dari firma guaman lain. Oleh sebab itu, kami berusaha memberi nilai yang terbaik pada harga caj guaman yang sama.

Apakah proses perlantikan ASCO sebagai peguam saya?

Sebagai sebuah firma yang menitik beratkan ketelusan, kami tidak akan memulakan perkhidmatan kami tanpa persetujuan bertulis antara anda dan pihak kami. Ini bermaksud proses perbincangan akan dilakukan dahulu secara percuma. Pihak kami akan kemudian memberi sebut harga. Jika anda bersetuju, peguam hartanah kami akan memulakan transaksi anda.

Bagaimana saya boleh semak sama ada peguam adalah bertauliah dan lesen guaman aktif?

Hanya individu yang mempunyai 'Sijil Annual' dan 'Practicing Certificate' dari Badan Peguam Malaysia di bawah Akta Profession Undang-undang 1976 boleh bertindak sebagai peguam. Peguam ASCO merupakan firma guaman yang mempunyai dokumen-dokumen sah tersebut. Anda boleh menyemak pentauliahan kami di sini.

Adakah transaksi saya dilindungi perlindungan insurans?

Bagi melindungi kepentingan anda, ASCO telah mengambil langganan perlindungan insurans sebanyak RM5 juta setiap tahun. Ini lebih dari syarat asas insurans yang dikenakan Badan Peguam Malaysia iaitu sebanyak RM300 ribu. Memberikan anda ketenangan dalam setiap transaksi anda bersama ASCO.

ASCO Law.png
ASCO LAW - Akmal Saufi & Co
Beyond Legal Services | Semua hak cipta terpelihara. 2021 |
Peguam Hartanah Terbaik Di Masai
bottom of page