top of page
ASCO Law.png

AKMAL SAUFI & CO | Advocates & Solicitors

PROSES UTAMA PERMOHONAN ONLINE PEMBIAYAAN LPPSA

Akmal Saufi Mohamed Khaled

By

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

Last updated

26 Apr 2021


Sebelum anda membuat permohonan online pembiayaan LPPSA, anda hendaklah mendaftarkan diri anda di laman sesawang LPPSA sebagai pengguna. Jika anda sudah pun mendaftar sebagai pengguna, anda hanya perlu log masuk dan teruskan untuk membuat permohonan.


Namun, bagi yang tidak lagi mempunyai ID Pengguna LPPSA, anda perlu membuat pendaftaran ID Baru. Maklumat yang perlu anda lengkapkan adalah seperti berikut:-


  • Nama;

  • No Kad Pengenalan;

  • Tarikh Lahir;

  • Nombor Polis/Tentera (jika ada);

  • Nombor Telefon Bimbit;

  • Nombor Telefon Pejabat

  • Emel Peribadi;

  • Emel Pejabat;

  • Kata Laluan; dan

  • Pengesahan Kata Laluan.


Seterusnya, anda tandakan kotak Terma dan Syarat dan klik pada butang Daftar bagi meneruskan pendaftaran ini.


Sejurus selepas itu, satu emel akan dihantar kepada emel anda untuk pengesahan pendaftaran ini. Oleh itu, anda hendaklah semak emel anda sendiri pada ketika itu bagi tujuan pengesahan. 


Selepas anda telah membuat pengesahan, anda sebagai pengguna akan dibawa ke laman OTP (One-Time Password) dan anda harus klik pada butang untuk mohon OTP tersebut. SMS pula akan dihantar ke nombor anda dan anda harus memasukkan pin yang diterima melalui SMS tersebut dan anda perlu klik pada butang “Teruskan”.


Selesai sahaja pendaftaran ID Pengguna, anda akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran di mana anda perlu kemaskini maklumat peribadi, alamat kediaman, maklumat keluarga dan maklumat pekerjaan.


Tambahan pula, bagi permohonan pinjaman bersama, ID Pengguna perlu diasingkan bagi kedua-dua pihak.


Proses yang telah diterangkan di atas perlu anda lalui sebagai langkah pertama dalam membuat permohonan pembiayaan LPPSA. 


Anda juga harus memastikan bahawa anda mempunyai segala dokumen-dokumen penting dalam membuat permohonan pembiayaan LPPSA untuk memastikan tiada kekangan atau masalah yang boleh berlaku sepanjang proses permohonan anda dan juga untuk memastikan proses ini tidak memakan masa yang lama.

Other reads related

8 Tips Cara Beli Rumah Second Hand Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah second hand pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah LPPSA Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah LPPSA pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah Subsale Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah subsale pada tahun 2021.

Need a lawyer or want to request for a quotation?

Notice

The contents of this publication, current at the date of publication set out above, are for reference purposes only. They do not constitute legal advice and should not be relied upon as such. Specific legal advice about your specific circumstances should always be sought separately before taking any action based on this publication.

asco law no bg

Have any other question, idea or want to work together?

About Us

Hub

Legal Information

Startup

Real Estate

Business

ASCO Law.png
Bar council logo.png

AKMAL SAUFI & CO (ASCO LAW) is a legal firm licensed under the Legal Profession Act 1976 and a member of the Malaysian Bar Council.

bottom of page