top of page

Hartanah

PROSES UTAMA PERMOHONAN ONLINE PEMBIAYAAN LPPSA

Akmal Saufi

Akmal Saufi

19 Jan 2021


Sebelum anda membuat permohonan online pembiayaan LPPSA, anda hendaklah mendaftarkan diri anda di laman sesawang LPPSA sebagai pengguna. Jika anda sudah pun mendaftar sebagai pengguna, anda hanya perlu log masuk dan teruskan untuk membuat permohonan.


Namun, bagi yang tidak lagi mempunyai ID Pengguna LPPSA, anda perlu membuat pendaftaran ID Baru. Maklumat yang perlu anda lengkapkan adalah seperti berikut:-


  • Nama;

  • No Kad Pengenalan;

  • Tarikh Lahir;

  • Nombor Polis/Tentera (jika ada);

  • Nombor Telefon Bimbit;

  • Nombor Telefon Pejabat

  • Emel Peribadi;

  • Emel Pejabat;

  • Kata Laluan; dan

  • Pengesahan Kata Laluan.


Seterusnya, anda tandakan kotak Terma dan Syarat dan klik pada butang Daftar bagi meneruskan pendaftaran ini.


Sejurus selepas itu, satu emel akan dihantar kepada emel anda untuk pengesahan pendaftaran ini. Oleh itu, anda hendaklah semak emel anda sendiri pada ketika itu bagi tujuan pengesahan. 


Selepas anda telah membuat pengesahan, anda sebagai pengguna akan dibawa ke laman OTP (One-Time Password) dan anda harus klik pada butang untuk mohon OTP tersebut. SMS pula akan dihantar ke nombor anda dan anda harus memasukkan pin yang diterima melalui SMS tersebut dan anda perlu klik pada butang “Teruskan”.


Selesai sahaja pendaftaran ID Pengguna, anda akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran di mana anda perlu kemaskini maklumat peribadi, alamat kediaman, maklumat keluarga dan maklumat pekerjaan.


Tambahan pula, bagi permohonan pinjaman bersama, ID Pengguna perlu diasingkan bagi kedua-dua pihak.


Proses yang telah diterangkan di atas perlu anda lalui sebagai langkah pertama dalam membuat permohonan pembiayaan LPPSA. 


Anda juga harus memastikan bahawa anda mempunyai segala dokumen-dokumen penting dalam membuat permohonan pembiayaan LPPSA untuk memastikan tiada kekangan atau masalah yang boleh berlaku sepanjang proses permohonan anda dan juga untuk memastikan proses ini tidak memakan masa yang lama.

Anchor 1

Perlukan peguam atau ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Tips hartanah

PERBEZAAN PERMOHONAN INDIVIDU DAN PERMOHONAN BERSAMA DALAM PEMBIAYAAN LPPSA

PERBEZAAN PERMOHONAN INDIVIDU DAN PERMOHONAN BERSAMA DALAM PEMBIAYAAN LPPSA

Dapatkan penerangan berkaitan perbezaan permohonan individu dan permohonan dalam pembiayaan LPPSA.

Panduan Pinjaman Perumahan Kerajaan Bagi Penjawat Awam

Panduan Pinjaman Perumahan Kerajaan Bagi Penjawat Awam

Panduan Ringkas Membuat Pinjaman Perumahan Bagi Penjawat Awam

JENIS PEMBIAYAAN YANG DISEDIAKAN OLEH LPPSA

JENIS PEMBIAYAAN YANG DISEDIAKAN OLEH LPPSA

Pembiayaan LPPSA boleh meliputi beberapa perkara. Dapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara yang boleh dibiayai LPPSA

Peguam LPPSA

Peguam LPPSA

Peranan, Kos, Lantikan dan Pembiayaan Peguam LPPSA.

APAKAH ITU SKIM PEMBIAYAAN LPPSA DAN APA PILIHAN ANDA

APAKAH ITU SKIM PEMBIAYAAN LPPSA DAN APA PILIHAN ANDA

Fahami perbezaan skim pembiayaan yang disediakan dan apa pilihan yang anda ada.

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

ASCO Brand (3).png

Mempunyai persoalan, idea atau mahu bekerjsama?

Mengenai Kami

Hub

Maklumat Perundangan

Syarikat Pemula

Hartanah

Perniagaan

© ASCO 2021 | ASCO IALAH SEBUAH FIRMA GUAMAN BERLESEN DI BAWAH PENGELOLAAN BADAN PEGUAM MALAYSIA DI BAWAH AKTA PROFESSION GUAMAN 1976 | BEYOND LEGAL SERVICES.

bottom of page