top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Writer's pictureAkmal Saufi MK

Siasatan Bagi Pembelian Aset Hartanah Bernilai RM2 Juta & Ke Atas Seperti Rumah Di Selangor


Jika anda ada niat untuk membeli rumah atau aset hartanah bernilai RM2 juta dan ke atas, anda perlu ambil maklum bahawa dalam proses transaksi pindahmilik geran kelak antara penjual dan pembeli, sebuah siasatan akan dilaksanakan sebelum geran tanah boleh didaftarkan atas nama anda. Proses ini adalah salah satu perkara yang perlu dilakukan dan jika tidak dilaksanakan atau gagal akan mengakibatkan transaksi anda akan tergantung.



Pejabat Tanah dan Daerah bagi Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta dan Ke Atas


Bila Siasatan Transaksi Pembelian Bagi Aset Bernilai RM2juta dan ke atas akan dilakukan?


Jika anda membeli nilai hartanah bernilai RM2 juta dan ke atas dalam negeri Selangor, siasatan akan dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah sebelum anda boleh menukarkan nama Vendor (Penjual) ke atas nama anda setelah Sijil Setem telah diperoleh dari LHDN dan Borang 14A telah ditandatangani.


Tujuan Siasatan Bagi Pembelian Hartanah Bernilai RM2juta


Siasatan ini merupakan proses yang penting agar penjual dan pembeli mengetahui akan transaksi yang mereka terlibat dan memastikan segala maklumat penting seperti sumber pendapatan, tujuan transaksi serta tiada elemen penipuan berlaku.


Siapakah Yang Akan Melaksanakan Siasatan Transaksi Hartanah Ini?


Siasatan ini akan dilakukan oleh Penolong Pentadbir Tanah.


Siapakah Yang Akan Disoal Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Ini?


Antara pihak dan individu yang akan disoal adalah seperti berikut;

  • Penjual (Vendor)

  • Pembeli (Purchaser)

  • Peguam Penjual

  • Peguam Pembeli


Persediaan Yang Rapi Diperlukan Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta


Dalam siasatan ini adalah amat penting untuk anda bersedia dari segi jawapan dan dokumen yang diperlukan agar membolehkan anda bergerak satu langkah lebih dekat untuk mendapatkan hak pemilikan secara sah ke atas hartanah yang anda beli. Peguam anda akan membantu anda untuk menyediakan dokumentasi yang diperlukan.



Senarai Dokumen Yang Diperlukan Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta


Antara dokumen yang diperlukan dalam siasatan transaksi hartanah ini yang perlu disediakan adalah;


  1. Salinan geran berkenaan hartanah tersebut

  2. Salinan perjanjian jual beli antara penjual dan pembeli berkenaan hartanah tersebut

  3. Salinan Borang MOT 14A yang sudah tandatangani kedua belah pihak

  4. Sijil Setem LHDN bagi Surat Cara MOT 14A

  5. Salinan Dokumen Pengesahan Pembeli/Penerima Biometrik

  6. Salinan Surat Setuju & Arahan Lepas Wang Pinjaman kepada Peguam Penjual sebagai pemegang taruhan (jika Pembeli membuat pinjaman)

  7. Salinan cukai pintu (jika rumah/bangunan) & cukai tanah terbaru

  8. Salinan Kad Pengenalan Penjual dan Pembeli

Anda juga diingatkan untuk meminta peguam anda hadir. Peguam yang dilantik perlu membawa Cop Firma.


Apakah Dokumen Yang Akan Dikaji Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta


Ketika siasatan, pegawai akan melihat perkara ini;


  • Kad Pengenalan Penjual

  • Kad Pengenalan Pembeli

  • Salinan Biometrik Penjual

  • Salinan Biometrik Pembeli

  • Salinan Borang 14A MOT

  • Geran Asal


Apakah Antara Soalan Yang Selalunya Akan Ditanya Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta


Ketika siasatan, pegawai akan menanyakan soalan berikut;


A. Soalan Kepada Penjual Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta dan ke atas


1. Apakah bidang perniagaan atau kerjaya penjual

2. Siapa mewakili Penjual

3. Adakah Penjual tahu urus niaga dan transaksi yang berlaku. Anda perlu kemukakan bukti

4. Berapakah nilai transaksi

5. Tujuan transaksi oleh Penjual



B. Soalan Kepada Pembeli Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta dan ke atas


1. Apakah bidang perniagaan atau kerjaya pembeli

2. Siapa mewakili Pembeli

3. Adakah Pembeli tahu urus niaga dan transaksi yang berlaku. Anda perlu kemukakan bukti. Pinjaman bank. Bank apa. Bayaran telah dibuat.

4. Berapakah nilai transaksi

5. Tujuan transaksi oleh Pembeli


Dokumen Perlu Anda Dapat Setelah Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta dan Ke Atas Berjaya



Di akhir siasatan ini, anda akan menerima satu salinan Borang Siasatan Bagi Urusan Pindah Milik Tanah. Salinan itu akan diakui sah oleh pegawai yang menyiasat anda. Dokumen ini penting bagi membolehkan langkah seterusnya dilaksanakan iaitu pendaftaran pembeli ke atas geran tanah.


Jika anda memerlukan bantuan atau peguam bagi transaksi anda, peguam ASCO Law sedia membantu.




Comments


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page