top of page
ASCO LAW

Perlu Khidmat Peguam?

Writer's pictureAkmal Saufi Mohamed Khaled

Proses Tuntutan Bayaran "Maintenance" Tertunggak JMB Strata (Soalan Lazim)



Kesemua pemilik unit strata adalah bertanggungjawab untuk membayar caj penyelenggaraan termasuk caj servis dan kumpulan wang pelepasan (“sinking fund”). Namun, isu utama yang kerap dibangkitkan adalah kegagalan pemilik unit untuk membayar caj penyelenggaraan tersebut. Inilah masanya untuk anda, sebagai Badan Pengurusan (JMB) menjalankan tugas anda untuk menuntut caj tertunggak ini melalui peruntukan sedia ada iaitu di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 dan Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015.


Adakah anda melalui perkara sebegini? Jika ya, maka artikel ini adalah untuk anda!



Dalam Artikel Ini




Soalan:

Terdapat ramai pemilik unit yang tidak membayar fi penyelenggaraan, apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan:


Badan Pengurusan perlu menyerahkan Borang 20 yang disediakan di bawah Peraturan 31 Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015 kepada mana-mana pemilik unit yang gagal membayar fi penyelenggaraan. Sekiranya tiada bayaran dalam tempoh 14 hari, sila hubungi peguam anda dan sediakan dokumen-dokumen berikut (Penyata Akaun Terkini dan maklumat pemilik seperti nama pemilik, alamat dan sebagainya). Selepas itu, Notis Tuntutan akan disediakan oleh peguam anda.

Soalan:

Apakah yang akan berlaku selepas 14 hari pengeluaran Notis Tuntutan?

Jawapan:


Notis tuntutan tersebut memperuntukkan tempoh masa 14 hari kepada mana-mana pemilik unit yang ingin membayar jumlah tertunggak tersebut. Sekiranya tiada bayaran dalam tempoh masa tersebut, Jawatankuasa Pengurusan berhak memulakan tindakan undang-undang di mahkamah.


Soalan:

Berapakah harga Notis Tuntutan?

Jawapan:


Anggaran harga RM30 - RM50 per notis





Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan Writ Saman?

Jawapan:


Writ Saman merupakan salah satu prosiding undang-undang di mahkamah yang membenarkan Pihak yang terkilan menuntut hak mereka daripada Defendan (Pihak yang ingkar). Prosiding undang-undang akan dimulakan sama ada melalui Writ Saman atau Saman Pemula. Dalam hal ini, prosiding akan dimulakan melalui Writ Saman. Writ tersebut akan dikeluarkan oleh plaintif, atau pihak yang menyaman, kepada defendan. Sekiranya defendan ingin membuat pembelaan keatas tuntutan tersebut, defendan perlu memasukkan kehadiran di mahkamah.

Soalan:

Apakah jenis-jenis dokumen yang diperlukan?


Jawapan:

  1. Penyata Akaun Terkini,

  2. Nombor Kad Pengenalan pemilik unit, dan

  3. Alamat terakhir Defendan.


Soalan:

Bagaimana sekiranya pemilik unit tidak menetap di rumah tersebut?

Jawapan:


Prosiding undang-undang masih boleh dimulakan menggunakan alamat terakhir Defendan. Peguam akan meneruskan dengan pemfailan kertas kausa untuk diserahkan melalui kaedah penyampaian ganti (substitute service) yang akan melibatkan pengiklanan di akhbar dll.


[Carian JPN tidak dapat dijalankan buat masa ini untuk JMB disebabkan oleh ketiadaan dokumen atau perjanjian yang mengikat dan sebagainya]



Soalan:

Berapa lama masa yang diambil untuk penyerahan saman dilakukan?


Jawapan:


Ia mengambil masa dalam 2 hingga 4 minggu untuk dikira sebagai serahan berjaya kepada Defendan. Setelah salinan writ saman yang dimeterai telah diterima, dokumen tersebut akan diserahkan secara AR Berdaftar. Serahan kertas kausa kepada Defendan dianggap berjaya sebaik sahaja bukti penyampaian dikembalikan semula kepada Defendan.

Soalan:

Bagaimana sekiranya selepas penghakiman, pemilik unit masih tidak membuat pembayaran?


Jawapan:


Notis Peringatan akan dikeluarkan. Sekiranya tiada bayaran diterima dalam tempoh 14 hari selepas Penghakiman disampaikan kepada Defendan, pemilik unit boleh meneruskan prosiding perlaksanaan seperti Saman Penghutang Penghakiman, Writ Penyitaan dan Penjualan, Prosiding Garnishee atau Prosiding Kebankrapan.

Soalan:

Apakah perbezaan di antara menghadiri tribunal dengan mahkamah?


Jawapan:


Berikut adalah perbezaan di antara menghadiri Tribunal dan Mahkamah:

Tribunal vs Court for collecting maintenance charges (JMB)
Apakah perbezaan di antara menghadiri tribunal dengan mahkamah?




Comentarios


Anda Perlu Pertanyaan Lanjut atau Khidmat Peguam?

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

bottom of page