AKMAL SAUFI & CO
Peguam Bandar Puteri Puchong
Biar kami fikirkan bagaimana untuk menyelesaikan isu perundangan anda.
Dengan pengalaman kami dalam industri perundangan dan hartanah, kami bukan sahaja boleh menjadi peguam anda tetapi memberi nilai tambah dari segi nasihat dan kefahaman senario semasa. Buktinya? Lebih 1,000 transaksi perundangan telah kami selesaikan.
"Ada individu cuba mengurus transaksi sendiri yang sebenarnya memerlukan peguam. Akhirnya bukan saja ia membazir masa malah terpaksa menanggung kerugian ribuan wang ringgit."
Elak perkara sedemikian. Jimat masa dan risiko dengan melantik Peguam ASCO yang bukan sahaja bertauliah tetapi berpengalaman dan terbukti kemampuannya.
Antara pelanggan kami
Mengapa kami?
Kami ambil perhatian untuk transaksi anda
Setiap nasihat kami dan cadangan penyelesaian adalah khas bagi transaksi anda.
Setiap transaksi dilindungi
Indemniti insurans professional yang kami langgan memastikan anda dilindungi dari sebarang kerugian akibat kecuaian professional.
Tiada caj tersembunyi & telus
Caj guaman kami adalah mengikut piawaian undang-undang yang telah ditetapkan. Anda bayar hanya pada khidmat yang anda telah bersetuju.
Anda akan akses kepada barisan peguam berpengalaman dan berkaliber kami
Antara skop perkhidmatan yang kami laksana
Khidmat Ganti Geran Tanah
Mengurus proses membuat penggantian hakmilik tanah yang telah hilang atau rosak.
Khidmat Pindahmilik Hakmilik Geran Tanah
Memindahmilik hakmilik geran tanah kepada pihak lain.
Melaksana Due Diligence Pembelian Bangunan
Melaksanakan siasatan perundangan dan semakan status bangunan yang akan dibeli.
Membuat Pelepasan Gadaian
Melepaskan gadaian yang pernah didaftarkan dalam hakmilik geran.
Khidmat Penyempurnaan Pindahmilik Geran Tanah
Penyempurnaan pindahmilik geran dimana kami telah bertindak ke atas transaksi awal.
Khidmat Pindahmilik Hartanah Si Mati Kepada Waris
Mengurus proses pindahmilik
Melaksana Pindahmilik Gadaian
Memindahmilik gadaian berdaftar kepada pihak lain.
Mengurus Proses Penarikan Kaveat
Penarikan Kaveat
Khidmat Pindahmilik Hakmilik Atas Balasan Kasih Sayang
Memindahmilik hakmilik geran berdaftar kepada ahli keluarga seperti antara suami isteri, ibu bapa kepada anak-anak.
Khidmat Pindahmilik Pajakan
Memindahmilik pajakan berdaftar kepada pihak lain.
Memberi Pendapat Undang-Undang
Menulis dan memberi pendapat perundangan mengikut isu yang diperlukan pelanggan.
Menyediaakan Surat Akujanji Peguam
Penyediaan Surat Aku Janji yang baharu daripada Peguam Cara Perjanjian Jual Beli kepada Peguam Cara Pinjaman
Maklum balas pelanggan kami
Muhammad Ziyad
Getrunner Sdn Bhd
Saya merupakan pengarah bagi syarikat logistik 'last mile'delivery. Peguam ASCO berupaya memberi penyelesaian segera dan sentiasa responsif kepada keperluan dan persoalan perniagaan saya.
​
Muhammad Ziyad, Getrunner
Firdaus Samad
Permodalan Darul Takzim Sdn Bhd
Sebagai anak syarikat kerajaan, kami menggunakan peguam ASCO untuk transaksi korporat hartanah yang kompleks dan unik di negeri Johor. Kami sudah menjadi pelanggan ASCO selama 7 tahun.
​
Firdaus Samad, PDT
AKMAL SAUFI & CO (ASCO) ialah sebuah firma guaman berlesen di bawah pengelolaan Badan Peguam Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.