AKMAL SAUFI & CO
Peguam LPPSA Bandar Sunway
Peguam LPPSA yang dipercayai dan berpengalaman.
ASCO adalah peguam panel rasmi dan terawal sejak LPPSA ditubuhkan. Sebagai panel LPPSA, kami telah mengendalikan perjanjian pinjaman antara penjawat awam dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Dengan pengalaman urusan guaman dalam sektor hartanah melebihi 30 tahun, anda boleh yakini bahawa transaksi anda akan dikelola dengan baik.
"Hanya firma guaman yang bertauliah dan merupakan panel rasmi LPPSA dibenarkan menguruskan pinjaman perumahan LPPSA. "
Ambil tindakan tepat dan jimat masa dengan melantik peguam yang mempunyai pengalaman menguruskan dokumentasi LPPSA bagi penjawat awam. Sama ada ini adalah pinjaman kali pertama anda atau pembiayaan kali kedua, peguam kami sedia membantu.
Mengapa anda perlu melantik ASCO sebagai Peguam LPPSA anda?
Kami ambil perhatian untuk transaksi anda
Sebagai peguam berdaftar LPPSA kami mengambil berat dan teliti dalam memberi penyelesaian transaksi pembiayaan LPPSA anda.
Setiap transaksi dilindungi
Indemniti insurans professional yang kami langgan memastikan anda dilindungi dari sebarang kerugian akibat kecuaian professional.
Tiada caj tersembunyi & telus
Caj guaman kami adalah mengikut piawaian undang-undang yang telah ditetapkan. Pada masa sama fi tersebut akan termasuk dalam jumlah pinjaman anda dari LPPSA. Oleh itu anda tidak perlu keluar kos awalan.
Panel Peguam Terawal LPPSA
Pakar Dalam Draf Perjanjian
Bukan hanya sekadar Peguam LPPSA
Firma Guaman ASCO merupakan panel peguam LPPSA yang terawal bersama LPPSA ketika ia ditubuhkan pada tahun 2016. Oleh itu dengan pengalaman ini, kami memahami LPPSA dan berupaya memastikan proses transaksi anda lancar dan teratur.
Perjanjian Pinjaman LPPSA memerlukan proses yang spesifik mengikut prosedur LPPSA. Draf yang dirangka dengan cermat hasil penilitian transaksi terdahulu memastikan sama ada proses kelulusan dan perjanjian anda dengan pihak LPPSA teratur dan mudah.
Dari nilai hartanah RM50 ribu ke nilai hartanah melebihi Ringgit Malaysia ratusan juta, kami telah lakukannya. Peguam kami berupaya mengendalikan jual beli hartanah, sewa dan pajakan, pendaftaran MOT, pemberian hibah hartanah, pengurusan pemajuan tanah, urusan tanah TOL, merangka surat kuasa, pembuangan kaveat dan pelbagai urusan lain berkaitan hartanah
Antara skop perkhidmatan yang kami laksanakan sebagai Peguam LPPSA
Menyediakan Perjanjian Pembiayaan LPPSA
Menyediakan dokumentasi pembiayaan dan pinjaman LPPSA.
Penyempurnaan Gadaian Pinjaman LPPSA
Bagi rumah dan tanah yang telah dikeluarkan geran ke atas nama pemimjam.
Peguam Pengurusan Pinjaman LPPSA
Mengurus permohonan pinjaman LPPSA bagi penjawat awam
Pinjaman LPPSA Penjawat Awam
Mengurus pinjaman dan dokumentasi LPPSA bagi penjawat awam
Pengurusan Pembiayaan Semula LPPSA
Mengurus permohonan 'Refinancing' LPPSA
Anda akan akses kepada barisan peguam berpengalaman dan berkaliber kami
Kami juga merupakan Panel Peguam bagi institusi-institusi ini.
Maklum balas pelanggan kami
Peguam ASCO membantu mengurus dokumentasi hartanah dan perundangan berkaitan pembiayaan LPPSA. Setelah melantik mereka, mereka telah menguruskan semuanya sehingga saya dapat pinjaman untuk beli rumah saya duduk sekarang.
Ag Mohd Sabiq
Guru Sekolah Menengah, Skudai, Johor
Sebagai anak syarikat kerajaan, kami menggunakan peguam ASCO untuk transaksi korporat hartanah yang kompleks dan unik di negeri Johor. Kami sudah menjadi pelanggan ASCO selama 7 tahun.
Firdaus Samad
Permodalan Darul Takzim Sdn Bhd
ASCO (AKMAL SAUFI & CO) ialah sebuah firma guaman berlesen di bawah pengelolaan Badan Peguam Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976. Mengenai kami / Notis Privasi
Peguam LPPSA Bandar Sunway