top of page
Doctors with Bacteriological Protection

Pengumuman COVID-19 (Dikemaskini)

OPERASI PEJABAT ASCO

BERMULA 4 MEI 2020 BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI BAWAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988)

Date Published : 

14 Mar 2020

Date Updated : 

2 May 2020

(For English, press the link here


Berikutan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mei 2020, Kerajaan Malaysia telah memberikan kelonggaran untuk pembukaan ke-semua sektor ekonomi di dalam negara (tidak termasuk perniagaan dalam senarai aktiviti yang dilarang) bermula 4 Mei 2020 dengan syarat kesemua sektor ekonomi tersebut hendaklah mengikuti tatacara pengendalian piawai yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan.


Berdasarkan kepada pengumuman ini, ASCO telah mengambil keputusan untuk membenarkan warga kerja ASCO untuk menghadirkan diri ke premis pejabat kami di seluruh negara bagi memulakan operasi amalan guaman tertakluk kepada pematuhan terhadap tatacara pengendalian piawai yang telah ditetapkan oleh Kerajaan, Majlis Peguam dan badan-badan berkanun dari semasa ke semasa.


Mengambil kira keutamaan kesihatan pelanggan-pelanggan kami, masyarakat secara am termasuklah warga kerja ASCO sendiri, kami juga ingin memaklumkan bahawa ASCO tidak akan menerima atau membenarkan sebarang rancangan kunjungan secara ‘walk-in’, temu janji atau pertemuan secara bersemuka dengan mana-mana pihak ketiga sehingga suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.


Oleh kerana situasi ini adalah dinamik dan sentiasa berubah, ASCO akan  mengambil maklum akan perkembangan semasa berkaitan operasi amalan guaman kami dan sebarang makluman terkini berkenaan operasi firma kami akan dimaklumkan melalui emel dan laman sesawang kami di www.ascolaw.co.


Saluran komunikasi kami secara emel akan terus beroperasi manakala komunikasi secara telefon terus ke pejabat kami akan bermula pada 4 Mei 2020. Sekiranya anda mempunyai sebarang urusan mustahak yang memerlukan perhatian segera, sila berhubung dengan peguam yang berkaitan melalui saluran yang telah disediakan.

Kesihatan dan keselamatan anda menjadi keutamaan kami. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Need further information?

bottom of page